hubungi saya sekarang

buat duit ngan rpi2u

Posted on June 4th, 2008 in Duit.. Duit.. Duit... by admin

IKUTI PENGAKUAN BERANI MATI

salam semua…

www.jariajaib.com

dahulu saya merupakan seorang yang begitu fanatik dengan saham internet atau MLM internet… sebut sahaja swisscash, bhg, abb fund, apa sahajalah skim yang menjanjikan pulangan yang lumayan dalam masa yang singkat, saya pasti akan join.. kira saya bolehlah dianggap sebagai ‘otai’ pada masa tu..

sehinggalah suatu hari saya jatuh tersungkur setelah skim2 ni mula diharamkan oleh kerajaan, duit saya lesap, downline2 mengamuk sakan… saya mula hilang arah tumpuan dan beralih kepada perniagaan tangible product, untung besar tapi saya akui memanglah sangat lambat untuk menjadi kaya raya… pening dengan masalah courier lagi…

RPI mula diperkenalkan kepada saya sejak awal 2008, tapi kerana hati saya sudah luka parah.. saya memerlukan masa untuk untuk mengumpul semula kepercayaan saya untuk program-program seperti ini.

Sehinggalah pada awal mei 2008, saya dapat tahu kakak saya (zaiton binti said-merangkap upline saya) telah mendaftarkan saya dengan RPI secara sukarela malah yuran penyertaan ditanggung sepenuhnya oleh beliau..

saya terus begitu sehinggalah saya terserempak dengan beliau beberapa minggu lepas dan beliau telah menerangkan secara lanjut mengenai sistem RPI.. bersungguh-sungguh saya mendengarnya

UNIK DAN HEBAT

hanya dua perkataan sahaja mampu saya ungkapkan.. saya mula memasang angan2 tetapi kali ni lebih berhati-hati, agar tidak lagi jatuh tersungkur dan parah.. dan pertemuan kami juga menjawab satu persoalan yang sekian lama bermain di fikiran saya

” Welcome to A STAR! Ur Lot 1 ID is: AM216864

and pasword ****** Plz Login www.rpi2u.com”

” A star Fast Start bonus RM 35.00 credited to Cash Ac 20BV to BV Ac “

“RM 5.00 has been credited to your Bonus Account of AM216666 Bal: 636.00 Card AC: 5.00 Send SMS SET#MSG#OFF to Turn off Notifications Date : Saturday May 31, 2008″

sms ini sering mengganggu saya (sekarang tidak lagi malah saya merasa semakin tidak sabar untuk menunggu SMS berikutnya dan setiap kali menerima SMS tersebut, saya akan tersenyum lebar), saya tidak pasti apa sebenarnya maksud sms ini sebelum ini sehinggalah beliau menjelaskan kepada saya

wow!!! fantastic sekali.. saya dah tidak sabar untuk ke medan perang dan bawa semua ahli keluarga ikut serta, setakat ni kesemua tujuh orang adik beradik yang lain mula menunjukkan minat yang positif untuk menyertai kami.. oh ya, ibu kami dah pun dua minggu sertai program ni.. goyang kaki pun beliau dapat duit.. leh tgk statement bonus saya kat sini

bonus 1

bonus 2

bonus 3

klik www.jariajaib.com

NIAT KALAU DAH TAK BAIK….

Posted on April 23rd, 2008 in Duit.. Duit.. Duit... by admin

salam… ada sorang minah ni selalu kacau periuk nasi saya.. macam2 di post kt shoutbox saya.. siap bawak penyokong hujahlagi.. bila saya check nyatalah.. mereka ni orang yang sama.. idea mereka sangat bagus tapi akal mereka xpanjang.. ni la musibahnya kalau BUSUK HATI!!!

nk tgk camne tipah ni kantoi?? ni screenshot chatbox saya tu… dekat web salihashop ni

KLIK PROJEK GILA TIPAH

LAYAN LAGU NI.. BEST GAK… hehehe sesekali jiwang

Posted on April 13th, 2008 in MOTIVATE OURSELF by admin
Loading...

aku tension ni kene buat buku aturcara kejohanan olahraga sekolah.. huhu.. xtau nk start dari mana…

Jom layan lagu ini, keep on play…

Telah jauh terpisah, diriku dan dirimu,

Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku untuk merasakannyaSalahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah
Darimu,Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Untuk cintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu

Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku….

C/O
Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena kuterhanyut mencintai dia
Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku tuk mencintainya…

PROMOSI 11-15 APRIL 2008

Posted on April 13th, 2008 in FORUM by admin

penatnya… not in mood

Posted on February 17th, 2008 in KERJA OH KERJA by admin

Minggu ni merupakan minggu yang paling memenatkan dalam tahun ni… bermula dengan MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, sesi penggambaran setiap kelas di mana memainkan peranan sebagai seorang ‘cameraman’… latihan rumah sukan setiap petang, sukan merentas desa pada hari khamis dan yang paling menguji kesabaran ialah menjadi salah seorang AJK Statistik dalam Kejohanan Peringkat Negeri.

Hari ni memang stress giler… sampaikan majlis penutup terpaksa ditunda beberapa jam disebabkan kami tidak sempat mengeluarkan keputusan perlawanan. Ini disebabkan oleh beberapa masalah teknikal. Keputusan kejohanan memanah juga agak rumit jika nak dibandingkan semasa kami menjadi AJK Statistik untuk acara ping pong tahun lepas.. bila dah selesai majlis penutup kami perlu membukukan statistik dan analisa keputusan untuk dihantar ke PPD dan sekolah berkenaan.

Masalah timbul apabila berlakunya ‘blackout’ yang menjejaskan kerja-kerja akhir kami untuk print out segala maklumat berkaitan. Tunggu punya tunggu 1 jam masih blackout, kami balik.. esok sambung lagi.. adusss esok stress lagi..

Esok macam xde mood je nak gi sekolah, budak2 harapan saya dah diambil orang… kelas sains tingkatan empat diambil dan dipindahkan ke sebuah sekolah khas.. saya mengajar mereka Bahasa Melayu dan Add math.. huhu sedihnya…macam xsanggup nak biarkan diorang pergi tapi nak buat camne.. untuk kebaikan masa depan diorang.. tapi esok mesti teringat kat diorang.. dahler jadi guru kelas diorang.. rindunya cikgu kat korang sume.. ape2 hal GOOD LUCK my dearest student…

Mulai esok kena kerja kuat cket kat koperasi sekolah sebab kebanyakan pengawas koperasi ialah dari kelas yang dipindahkan tu.. adoi… rasa cam kehilangan sangat.. xde mood nk gi sekolah esok.. ditambah pula dengan beberapa masalah peribadi.

Minggu ni xbalik rasa rindu sangat kat mak (camnela aku nak kawen ni.. hehehe). Sebab saya ada banyak masalah so kena balik duk dekat ngan mak.. walaupun xcerita kat dia masalah2 tu tapi hati rasa tenang cket.. huhu dah tua pun nak manja2 lagi… mak pun mesti rindu kat saya sbb kalo biasa saya balik weekend mesti mak bagitau nak makan apa… so saya paham2la.. then masakkan.. minggu ni xleh wat gtu… cuti sekolah ari tu xsempat nk bawak beliau gi shopping kat langkawi… rasa bersalah lak.. hmm bila la nak kaya raya ni.. mak nak gi mana bawak jer…

hehe tu sahaja sedikit kisah untuk minggu ni..

contoh penggunaan berlian oktant

Posted on February 4th, 2008 in FORUM by admin

xsabau rasenya…hmmm bila nk start ni

Posted on January 27th, 2008 in Duit.. Duit.. Duit... by admin

x sabar rasanya nk tunggu salihashop dilancarkan.. dalam kepala ni mcm2 produk dah terbit.. yang pasti kena letak berlian oktant untuk support http://www.otakbisnes.com/oktant.htm , ltak dinar iraq untuk support http://www.mydinar.biz , letak produk DCL untuk support http://www.e-dcl.com

hmmmm.. dalam kepala otak ni macam2 bisnes ader…  xle nak grab sumer.. time is limited… setiap hari ahad – khamis whole day kt sekolah.. tambah2 sekarang ni musim sukan.. adui.. biasaler kalo ptg bebudak ni bersukan.. malam2 cikgu yg terlebih penatnyer hehe.. tahun ni jadi penasihat Softball (haku xpernah main pon).. nk kena study ni…

tadi petang bntai tido lama gak.. gtula.. sampai satu tahap tu bila dan penat sangat.. rasa xlarat semacam.. tapi semangat tu penting..

kadang2 terpikir nk quit jer tapi pikir sayang lak bebudak tahun ni lebih cerdas daripada last year… dan begitulah sterusnya…hehe.. sampai pencen

insyAllah web tu akan siap dalam mingu ni jugak.. insyAllah

persaingan….

Posted on January 27th, 2008 in MOTIVATE OURSELF by admin

persaingan.. itulah ungkapan yang digeruni oleh kebanyakan peniaga online.. tapi saya tidak pernah gentar dengan persaingan. ada orang sanggup menggunakan tipu helah semata-mata untuk bersaing… sedangkan saya pasti sangat setiap rezeki yang kita dapat tu telah ditentukan oleh Yang Maha Esa.. tinggal lagi usaha dan doa…

pengalaman saya dalam bidang bisnes online ni xdela hebat sangat.. tapi sepanjang saya melibatkan diri dalam bidang ni… banyak pekara yg saya dah pelajari.. banyak tu tidakler.. tapi cukuplah sekadar memantapkan diri

dulu kalau sebut otakbisnes.com… ramai org mengenali web saya sbb skim2 atau saham2 internet.. sbb dulu saya bukan main aktif lagi.. sampailah skim2 tersebut menamatkan riwayat masing2.. masa tu saya jatuh tersungkur.. kerugian xpayah cakapla.. tapi kadang2 saya fikir ianya sangat berbaloi.. saya belajar dari GURU YANG TERULUNG DI MUKA BUMI.. iaitu KESILAPAN…

KENAPA??

disebabkan program2 tu… saya belajar membina website.. bayangkan dari xtau camne nk buat web ( dulu masa kt utm ada belajar asas jer - xdetail pun), nk upload web, nak handle cpanel, nak buat salesletter, nk promote, nk adjust html code.. semuanya guna kaedah TRY and ERROR ( kebanyakan error ;)) ) …. akhirnya saya mampu menguasai tahap minimum.. ALHAMDULILLAH

saya juga bernasib baik… kerana saya dianugerahkan seorang sifu (Mr Zulkey Hashim) yang tidak jemu memberi pandangan dan nasihat… byk benda yang saya pelajari dari beliau… dan byk juga benda yang sama2 kami kaji… namun akhir2 ini kami jarang bersua kerana terlalu sibuk dengan hal masing2… tapi suatu hari jika saya Sukses.. insyAllah sya tidak akan pernah lupakn beliau..

sebenarnya persaingan itu memantapkan kita.. namun betapa pentingnya persaingan pun jangan sampai menyentuh hak asasi individu lain.. walau setinggi mana pun darjat anda di dalam bisnes online.. anda tidak seharusnya bermegah kerana suka saya ingatkan kepada anda semua… kita semua bermula dari bawah.. Bumi Allah ini luas… kalau dah ditakdirkan rezeki anda.. bersyukurlah.. jika tidak.. anggaplah Allah ada perancangan yang lebih baik utk anda

smile always :: senyum sokmo :: bersama muhasabah diri

- saliha a.k.a otakbisnes n some say isairlea

kau pergi jua… segar dalam ingatan

Posted on January 25th, 2008 in akulah hambaMU Ya Rabbi by admin

rupanya jumaat yang indah ini mengukir sejarahnya yang tersendiri hari ni..

berita pemergian Allahyarham Zakuan betul2 membuatkan hati seorang guru sepertiku ini cukup sayu… dah banyak kali kami guru2 berpakat untuk melawatnya di Hospital Kuala Terengganu (HKT), tetapi terpaksa ditangguhkan kerana terlalu banyak hal yang perlu dibereskan… kami merancang utk menziarahinya pada pukul 1-2 pm, jadi kami harus bertolak dari sini pukul 11-12 tgh…

hari ini aku cuti hujung minggu.. budak2 SPM mintak buat kelas add math… memandangkan diorang bersungguh2.. aku xsanggup nak hampakan niat diorang walaupun terasa sangat penat… kelas bermula pukul 9 dan akan berakhir pada pukul 12 tgh.. tiba2 rakanku menelefon dan mengatakan kami akan bertolak pada pukul 11 pagi… jadi aku terpaksa menyudahkan kelas tersebut seawal jam 11 pagi.. pelajarku membantah tanda x berpuas hati tetapi aku memujuk mereka untuk mengadakan kelas pada esok pagi… aku pun xtau kenapa kami terasa sangat nk pergi awl…

kul 1.14 pm kami tiba di sana (unit rawatan rapi HKT).. kami masuk dan mula mengecam yang mana satu Allahyarham.. tetapi kami tidak menjumpainya sehinggalah kami terlihatkan namanya terpapar di katil no 5…

alangkah terkejutnya aku… bila aku lihat keadaan arwah macam tu.. sayunya hatiku.. tubuh terbujur kaku.. hnya yg dapat aku lihat ialah naik turun arwah menghembuskan nafasnya… itupun dengan bantuan alat pernafasan.. ibunya setia menunggu di sisi.. dalam hatiku berkata

“zack.. cikgu datang ni zack… zack kena kuatkan semangat’

rasa macam nak menangis pun ada.. teringat kenangan bersama arwah.. semasa arwah form 4 aku ajar dia bahasa melayu dan add math.. bila form 5 aku jadi guru kelas dan guru add mathnya.. pelbagai ragam arwah dalam kelas.. seorang yang ceria.. kalau kami perlukan sponsor utk jamuan makan kelas arwah sedia membantu (arwah ni anak kepada YB Datuk Din Bin Adam)… arwah tidak sombong walaupun anak orang berada dan gemar membuat lawak jenaka..

kali terakhir aku lihat arwah.. masa aku ter kejar2 nak gi mesyuarat awal tahun 26 disember lalu.. aku melalui kawasan tmpat arwah bermain sepak takraw… dia melambaikan tangan menyapa aku dengan melaungkan ‘cikgu’.. itulah kali terakhir aku tgk dia

selesai aku menziarah arwah kami ke sebuah restoran utk makan tengahari… sesudah itu kami ke masjid Kuala Ibai utk menunaikan solat zuhur.. sampai sahaja di perkarangan masjid.. kami terima SMS dari salah seorang rakan sekerja

” zack dah meninggal 3 minit lepas”

masa tu aku rasa nk luruh jantung ni… zack.. nasib baik cikgu sempat jumpa zack..zack pergi pun hari baik bulan baik… xsempat zack tgk result SPM

zack semoga zack ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan soleh.. amin.. alfatihah

kenangan bersama zack akan selalu terpahat abadi di memori ingatan cikgu… maafkan cikgu zack…

MOHD KHAIRUL ZAKWAN BIN DIN.. kau pergi jua… Al-fatihah

YA ALLAH YA TUHANKU… Kau ampunkanlah dosa Allahyarham mohd khairul zakwan bin din dan tempatkanlah Allahyarham dikalangan orang2 yang beriman dan soleh.. aminnnnnnnnnnnnn

salam…. lama xupdate blog saya

Posted on December 4th, 2007 in KERJA OH KERJA by admin

kata orang.. tidak ada orang yang tidak cukup masa.. Allah swt bagi 24 jam sehari kepada setiap orang.. tapi saya masih xcukup.. mungkin kerana saya tidak pandai menguruskan masa..

Cuti sekolah tiba lagi.. pasni bolehla saya fokus ngan bisnes. Alhamdulillah bisnes berlian saya mendapat sambutan hangat..oooo.. lupa plak ni webnya , tapi saya agak kecewa kerana tidak dapat mengmbangkan bisnes DCL saya.. tu la saya katakan saya kekurangan masa… xpe cuti panjang lagi.

ramai juga newbie yang minta saya tolong ajar diorang buat bisnes… actually, saya pun masih baru.. ada la pengalaman sikit2 tu untuk dikongsi.. adik ngan sepupu saya dah saya seret buat bisnes berlain ngan saya.. tapi susah gak… bukan ape sebab diorang bukan otakbisnes cam saya kannn… tapi saya suka sbb saya dulu pun dilatih utk berbisnes oleh kakak2 saya gak… mmg family kitorang kaki bisnes.. 9 orang adik beradik kitorang sume wat bisnes.. mungkin ikut darah arwah ayah kot.. dulu masa arwah ada sape xkenal ‘tok ayah said’ … satu pasir puteh ni kenal.. ayah dulu pembekal ikan terkenal kt bandar ni.. semua restoran terkenal ambik bekalan dari ayah… bila arwah xde.. sorang pun anak dia xleh teruskan bisnes tu sbb semua masih mentah.. last2 terbiar gitu jer.. skrg saya tengok pembantu ayah dulu dah jadi sangat berjaya dalam bisnes ni.. ALHAMDULILLAH..

Arwah mengajar kami melabur sejak kecik lagi.. ingat lagi.. masa kecik dulu setiap kali lepas raya ayah akan cakap “sapo nok melabor ngn bisnoh ayoh? tahun depe dapat 2 x gando (siapa nk melabur ngan bisnes ayah?? tahun depan ayah gandakan duit tu)” ape lagi kitorang bagi la duit raya kitorang.. tahun depanya betul ape yang ayah cakap… skang ni dah besar baru paham mesej ayah..

tapi banyak mana pun duit yang kita dapat jangan lupa untuk berkongsi dengan insan2 lain yang xberdaya.. PERCAYALAH jika kita sedekahkan RM10 hari ini dengan seikhlas hati.. duit tu akan berganda juga.. jika tidak hari ini.. mungkin esok.. lusa.. minggu depan.. tahun depan.. tau mungkin akan dihitung ‘di sana’ nanti.. jangan salah faham.. maksud saya dengan izin ALLAH swt, kita kan dimurahkan rezeki akhirnya..

bbukan senang nk kaya… USAHA TANGGA KEJAYAAN

Next Page »