• Blog Pengawas vs Blog Kadet Bomba

    Date: 2010.02.15 | Category: KERJA OH KERJA | Response: 0

    blog ni aku dedikasikan untuk budak2 pengawas aku..

    http://semerbakwarrior.blogspot.com/

    dan blog ni aku dedikasikan untuk budak2 kadet bomba aku.

    http://kbsmkbb.blogspot.com/

    sekarang aku sedang buat web sekolah… bila la nak siap.. asek pk biz jer…

  • Bengkel Pemantapan Pengawas

    Date: 2010.02.15 | Category: KERJA OH KERJA | Response: 0

    berlangsung dengan jayanya… hehe.. xleh tido aku mlm tu.. takut2 xjadi.. thanks 4 all terutamanya untuk k.syam (pk HEM aku)  dan adik2 (anak2 tapi aku rasa xsesuai sbb aku muda lagi..) buah pengawas aku.. juga untuk k.kham (housemate aku) yg jemu2 jadi penasihat aku.. xlupa jugak buat semua fasi2 yang terlibat… tq sangat2

     

     

  • Kerja.. kerja.. kerja..

    Date: 2010.01.17 | Category: KERJA OH KERJA | Response: 0


    Huhu.. penatnyer ari ni.. sampai sekolah je aku dah rasa xsedap hati.. kerna banyak kerja menanti.. ari ni aku dah set mest siapkan tentatif dan ajk Bengkel Pemantapan Pengawas… dan Majlis Watikah Pelantikan Pengawas .. Nasib baik PK HEM baru dah sampai.. Bila bincang dengan pengetua.. pengetua aku plak nak suh kitorang tekankan pasal Buku Peraturan Disiplin. Budak2 pengawas ni excited jer nak masuk bengkel.. huhuhu aku mati akal xtau nak tulis ape.. nanti aku sambung.. ngantuk.. huargh..

  • Buat Duit Dengan Nuffnang - Walau Tanpa Modal

    Date: 2010.01.15 | Category: Duit.. Duit.. Duit... | Response: 0




    Korang tau tak kalau korang xde duit modal pun korang bole buat duit kat internet ni.. Hmm.. Cuma kalau nak tarik pelawat ke blog kita agak susah la sket kecuali kalau korang aktif berforum.. boleh buat signature korang pada setiap post korang.. Hari ini aku cuma hendak ceritakan tentang satu cara yang mungkin boleh membantu golongan penganggur atau pelajar universiti yang hendak buat duit di internet. Aku yakin ramai dikalangan anak-anak muda ini yang suka bersosial diruang-ruang friendster, facebook, myspace dan banyak lagi. Tapi apalah salahnya jika mereka turut meluangkan masa untuk menambah pendapatan di internet. Bukankah itu lebih bermanfaat dan mampu membuatkan mereka berbeza daripada rakan-rakan mereka yang tidak berbuat apa-apa? Bukan aku mengatakan bahawa meluangkan masa di internet itu tidak bagus atau berdosa besar. Cuma tak salah bukan kita buat sesuatu yang memanfaatkan diri kita?

    Salah satu caranya adalah menulis blog. Tapi bagaimanakah cara untuk menulis blog? Kalau korang boleh setup dan make-up friendster, hi-5 , myspace.. buat blog umpamalah makan kacang.. Cuma idea untuk menulis tu kena datang dari hati.. xboleh dipaksa-paksa.. Ada orang jadikan blog untuk memberi info dan ada orang menulis blog mengenai diri sendiri.. aku menulis blog untuk menulis tentang hidup aku (walaupun kadang-kadang 2 bulan sekali aku update) dan ada juga aku menulis bagi tujuan perniagaan.. Kadang kalanya memang agak sukar untuk menulis sesuatu diblog. Buntu. Tak ada idea atau informasi yang hendak dikongsikan. Namun, aku usahakan juga dan akhirnya membuahkan hasil dan blogging sudah menjadi satu kemestian bagi aku. Bukan saja untuk menambah pendapatan, tetapi menjadi satu kepuasan dalam diri ini. Ada tempat untuk berkongsi dan meluahkan perasaan. Ini lebih baik daripada tengok tv kan? Secara jujurnya, menulis itu indah. Jika tidak, takkanlah Tun Mahathir dan Dato Khir Toyo pun suka menulis blog?

    Ada banyak cara untuk menambah pendapatan melalui blog. Salah satu cara yang paling popular adalah menyertai program Nuffnang. Aku yakin ramai yang tidak tahu menahu tentang program Nuffnang. Tetapi jika anda ada blog dan mahu menambah sedikit pendapatan, sertailah Nuffnang. Aku dah membazirkan masa bertahun-tahun tanpa melibatkan diri dengan program pengiklanan Nuffnang.. Aku baru bermula dengan Nuffnang dan xsabar rasanya aku nak cash out pendapatan dari nuffnang ni.. Mmg lumayan jugak la Nuffnang punya income ni.. Setiap kali aku check akaun nuffnang aku.. aku jadi semakin teruja.. memang bertambah semangat untuk berblog ni..

    Bagaimana hendak buat duit dengan Nuffnang ini? Syarikat Nuffnang ini akan membantu kita untuk mendapatkan pendapatan. Yang pentingnya korang kena ada blog dulu.. Untuk beginner, aku rasa elok korang try blogspot ni.. tapi kalau korang nak blog cam aku ni.. aku boleh tolong korang buat step-by-step la.. tapi kena kuar duit la cket… dalam rm200 termasuk khidmat bantu.. Akaun Nuffnang plak Caranya? Mula-mula sekali semestinya kita dikehendaki untuk daftar dan isi borang secara online di website Nuffnang. Setelah selesai proses pendaftaran, kita akan dapat login akaun kita. Kemudian, kita boleh ambil code dan letakkan diblog kita. Di blog kita nanti, akan terpapar iklan-iklan yang dikendalikan oleh Nuffnang. Biasanya kita akan dibayar melalui nilai klik. Jika ada orang yang melawat blog kita dan mereka klik iklan Nuffnang tersebut, kita kan mendapat nilai komisen bagi 1 klik sebanyak RM0.15 sehingga RM0.50. Itu agak lumayan jika nak dibandingkan dengan Google Adsense kan ( tapi aku still buat Adsense ni).. Tapi syarat Nuffnang.. korang xleh pasang iklan dari syarikat pengiklanan Asia yang lain. Google Adsense bole la sbb google adsense ni dari U.S.

    Kalau korang perasan kat sidebar sebelah kiri ni ada aku taruk iklan nuffnang.. kalau korang berminat korang klik la.. tapi jangan paksa diri korang.. bukan macam sesetengah blogger yang saling mengklik antara satu sama lain.. janganlah buat kerja bodoh korang tu.. sekali Nuffnang batalkan keahlian orang Malaysia baru korang tau nanti.. Hargailah peluang yang diberi.. biarlah ia terjadi dengan semula jadi.. Kalau korang buat macam tu dengan Google Adsense dah lama akaun korang kena banned!!!

  • Mencari Cinta???

    Date: 2010.01.15 | Category: MOTIVATE OURSELF | Response: 0

    Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…

     

    pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?

     

    guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

     

    pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

     

    guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?

     

    pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

     

    gurunya menjawab: ye, itu lah cinta…

     

    dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan…?

     

    guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

     

    pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

     

    maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?

     

    pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…

     

    maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan…….

     

     

    Kesimpulannya… janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.

    Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..

     

    Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..

    Kalu tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau, boleh gi website

     

    WEBSITE UNTUK CARI DUIT KAWEN

     

    Insyallah, dapat membantu.

    Bye!

                

     

  • Maafkan Aku

    Date: 2010.01.15 | Category: MOTIVATE OURSELF | Response: 0


    PAKU DIDINDING HATIMU…

    Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
    mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
    Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
    “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.
    “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
    ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya. Pada hari yang
    Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
    tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
    jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
    Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
    menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
    dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
    Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
    Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
    satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
    Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
    tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebutkepada
    bapanya dengan bangganya.
    Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau
    telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang
    di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi
    seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika
    marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
    Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,
    tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu,
    namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka
    fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
    Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu
    ke arah kejayaan.
    Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan
    sentiasa membuka hatinya kepada
    kita.


    “Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.”

  • Ulau Besau!!!

    Date: 2010.01.15 | Category: FORUM | Response: 0


    Ada satu citer best aku nak kongsi ngan korang ni..

    Satu hari student aku yang aku gelar sebagai Bulat ni bermain dengan seekor ular sawa.. Makin lama dia bermain ular tu menjadi semakin besar.. aku takut jer si bulat tu kena telan dek ular sawa yang besar tu… aku tengking la dia.. tapi bulat buat donno jer… geram aku.. lepas tu dia bawk ular tu main dengan kawan sekelas ngan dia.. budak tu kecik jer.. aku risau jer kalau ular tu xtelan bulat mesti telan budak kecik tu..

    Sedang syok diorang dok main.. ular tu terlepas masuk ke bilik aku… Apalagi mengamuk la aku.. bengang betul… Habislah kali ni aku pulak yang kena telan dek ular tu.. huhu

    Tak lama kemudian.. datanglah housemate aku (k.kham) bawak sepinggan makanan.. aku ingatkan ikan.. rupanya ular tadi.. k.kham tangkap dan goreng..Dia sedang makan ngan bulat.. Aku tanya diorang sedap x? K.kham kata sedap.. rasa macam ikan keli.. dia ajak aku try.. aku pun ambik la sikit.. mmg rasa ikan tapi aku xmakan banyak sbb tekak aku rasa geli geleman mengingatkan ular tadi.. Ei diorang ni xgeli ker…

    Allahumasolialamuhammad…. Alarm aku berbunyi.. aku terjaga.. lol.. aku mimpi rupanya…ni semua ni gara-gara aku tengok video Ular Besar kat web oh! Tidak lani… huhuhu

    korang nak tgk ular tu??? eii.. takutnyer..


  • Doa di Pagi Jumaat yang indah..

    Date: 2010.01.15 | Category: FORUM | Response: 0


    Ya Allah..
    Seandainya engkau catatkan..
    Dia milikku tercipta buatku..
    Satukanlah hatinya.. dengan hatiku..
    Titipkanlah kebahagian antara kami..
    Agar kemesraan itu abadi..


    Ya Allah..Ya tuhanku yang maha mengasihani…
    Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
    Ketepian yang sejahtera dan abadi…
    Maka jodohkan kami…

    Tetapi Ya Allah…
    Seandainya tidak engkau takdirkan dia bukan milikku..
    Bawalah dia jauh dari pandanganku…
    Luputkanlah dia dari ingatanku… dan
    Peliharakanlah aku dari kekecewaan…


    Ya Allah yang tercinta..
    Pasrahkanlah aku dengan takdirMu…

  • Mila vs Aniey

    Date: 2010.01.13 | Category: KERJA OH KERJA | Response: 0


    Oh ya.. lupa lak nak wish Congratulation kat Mila & Anie coz dapat tawaran belajar kat UITM Dungun.. hope someday cgu akan makan makanan paling lazat di restoran paling terkemuka yang chefnya adalah MILA dan ANI… Aminnn

    macam cken jugak la.. lagu ni cikgu tujukan khas untuk korang..

     

    UiTM Dihatiku.

    Wujudmu Di Sini Di Tanah Anak Merdeka
    Bagai Obor Ilmu Memayungi Putera Puterinya
    Pelopor Hidup, Budaya Bangsa, Agama…. Negara
    Pembentuk Akhlak Manusia, Agar Jadi Sempurna

    Ku Yang Melangkah Ke Sini Ingin Mempelajari
    Rahsia Di Muka Bumi Dengan Cara Hakiki
    Tunjukkan Aku Jalan Ilmumu
    Untuk Ku Menuju
    Destinasi Cita-cita Negara Dan Bangsaku

    Majulah Bangsa, Maju Negara
    Berkat Usaha Jaya Mara
    Kami Berikrar Akan Berjasa
    Hingga Kita Berjaya….Demi Bangsa

    Watikah Yang Ku Miliki Kan Ku
    Semat Di Hati
    Janjiku Pada Pertiwi Untuk
    Menabur Bakti
    Ku Sempurnakan Seikhlas Hati
    Membela Negara
    Doa Restu Ayah Bonda Ku
    Untuk Mu Semua
    UiTM Usaha Takwa Mulia

  • Farah - A NICEsms to REMEMBER

    Date: 2010.01.13 | Category: KERJA OH KERJA | Response: 0


    Tanpamu ku sepi, hadirmu kuhappy.. tawamu ku kenangi.. Lawakmu kuingati.. betapa dirimu begitu dihargai, kerana cikgu seorang yang Farah amat sayangi..Sms yang ku dapat dari bekas pelajar aku.. Farah.. Cikgu pun rindu kat Farah .. hope Farah succes dunia dan akhirat..

     

     

Cari Sesuatu?

Custom Search

Dilamun Cinta??

CATEGORIES

POST TERKINI

CUBA KLIK!

Archives

Recent Comments

"I Believe I Can"

NEVER GIVE UP There can be miracles When you believe Though hope is frail It's hard to kill Who knows what miracles You can achieve When you believe Somehow you will, You will when you Believe!