


Archive for September, 2007
Sep
28
jom balik kg… bukak puasa ngan orang tua dan family tercinta kt kampung.. best
Sep
27
Salam sejahtera…
CONTOH BONUS YGUPLINE DAH DAPAT
Perbualan melalui telefon selama 15 minit bersama sifu saya cukup mengujakan saya untuk terus memperjuangkan EMPAY. Kalau sifu saya (yang sudah bertaraf jutawan) pun mempunyai pandangan jauh mengenai EMPAY, maka saya tidak lagi mempunyai sedikit pun keraguan untuk menyahut panggilan beliau untuk sama2 menyambung perjuangan dalam empay ini…

Sedikit penerangan ringkas mengenai EMPAY,
PLAN A tetap sama – bonus penajaan; seorang ahli – anda dapat RM 15, cukup sepasang side kiri dan side kanan anda – dapat lagi RM 10
PLAN B – autoplacement, (duduk diam lama2 cket dapat la duit tu)- nampak macam mengarut, EMPAY sudah menjejak ke 26 buah negara dan anda mesti ingat!!! Kita (Malaysia) merupakan peneraju utama. Group kami juga sedang berusaha untuk menakluki pasaran indonesia di bawah pimpinan sifu saya merangkap upline saya.
Ahli yang telah mendaftar,belum menjadi ahli dan kepada umum,Plan B em-pay ini adalah program “BONUS” tak ada tarikh dan masa yang ditetap untuk plan B “BONUS” sila fahami istilah “BONUS” tetapi semua ahli berkelayakkan mendapat bonus tersebut.Namun begitu saya syorkan anda fahami konsep IPC SHOPPING dimana semua ahli berkelayakkan, namun ahli yang berkerja peratus masa dapat disingkat sangat besar, dan jika anda tidak berkerja tempoh tersebut munggkin agak panjang saya tak dapat menyatakan masa yang tetap disini.Bagaimana pun jika ahli bekerja duit gaji tetap dapat betul tak?? BERCERITA DENGAN FAKTA kerana Plan b tak pernah dimansuhkan atau tak pun akan dapat, jika ini masa anda dan anda berkelayakkan anda untuk dapat, anda tetap akan dapat.
Berita harus sebarkan kepada ahli atau network IPC SHOPPING
PLAN C – e-merchant - pemberian mata sebagai bonus prestasi – terbuka kepada ahli plan gold sahaja ( pembelian 3 unit ke atas), anda juga diberikan peluang untuk mengiklankan apa sahaja produk anda di http://www.imal2u.com/shopping/index.php - bayangkan traffic website tu mencecah 500 ribu visitors sehari.. apa yang hebatnya, setiap rm40 daripada bonus yang diterima oleh setiap ahli akan dimasukkan ke dalam i-wallet dan i-wallet itu hanya boleh digunakan di http://www.imal2u.com/shopping/index.php sahaja - jadi bayangkan setiap orang ahli mempunyai RM 40 untuk dibelanjakan di imal2u.com . Hebat bukan?? Saya sudah terfikir produk apa yang akan saya promosikan nanti.
PLAN D – Setiap kali ahli-ahli IPC di bawah anda menggunakan khidmat IPC untuk mendapat diskaun, membeli-belah ataupun untuk membayar bil, anda secara automatik akan mendapat 0.1% daripada jumlah yang telah mereka belanjakan sehingga 10 level.
PLAN E – plan tambahan, saya belum mendapat sebarang respon mengenai plan baru ini tapi dengar cerita agak hebat juga..
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal
Pengguna Malaysia.
v Maintenance Sistem Empay berlangsung sehingga 6 OKT 2007 jadi anda hanya boleh login selepas 6 OKT 2007 ini.. OK GOOD LUCK buat semua J
v Kepada sesiapa yang belum join tetapi berminat hubungi saya secepat mungkin… tq
EMPAY sudah kembali
Bagaimana nak mulakan penghasilan website?
Kesimpulannya…
Nama Domain = Alamat Rumah/Pejabat
Webhosting = Tapak Rumah/Pejabat
Biasanya , penyedia perkhidmatan webhosting akan membenarkan anda menyewa ruang komputer mereka untuk anda gunakan dan meletakkan website anda. Mereka juga biasanya akan membenarkan anda menggunakan server email serta server database mereka. Bergantung pada pakej yang anda ambil. Terdapat bermacam-macam pakej yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan webhosting ini. Anda perlulah bijak memilih pakej manakah yang sesuai dengan anda. Kenalpasti apakah ciri-ciri yang ingin anda gunakan di dalam website anda. Elakkan daripada membeli pakej-pakej yang terlalu besar yang mungkin anda tidak gunakan. Anda boleh mulakan dengan pakej yang paling kecil dan kemudiannya meng”upgrade” dari semasa ke semasa mengikut keperluan anda.
Mari kita lihat beberapa ciri yang biasa terdapat dan disediakan oleh pihak penyedia perkhidmatan webhosting.
Sep
19
a’kum dan salam buat semua…
apa yang anda fikirkan sekarang???
saya ingin mengajak anda memikirkan orang tua anda di kampung… Anda sudah pernah berbuka puasa bersama mereka tahun ini?? jika belum luangkan masa untuk mereka…
saya sendiri akan bercuti mulai esok sehingga ahad ni untuk pulang ke kampung di kelantan.. xsabar rasanya nk jumpa ibu tersayang… beliau lah ibu yang menjaga kami setelah arwah ayah ke rahmatullah 10 tahun lalu… buat arwah ayah… salam fatihah buatmu.. sesungguhnya Ramadhan kali ini hatiku sayu mengingatkanmu… semoga rohmu dicucuri rahmatNYa… aku amat merinduimu.. Amanlah kamu di sana.. AMINNNN…
kepada anda semua.. jgan lupakan ibu ayah anda… selagi ada kesempatan… kerana jika anda ‘terlepas’ peluang ini… anda pasti akan menyesal…
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai…
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai…
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai…
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat
Berita baik untuk semua ahli Empay.. Empay bebas dari ‘title’ saham internet. IPC telah menerima surat dari BNM dan SC… Empay dijangka akan dilancarkan semula hujung bulan ini.. tunggu
SAYA AKAN UPDATE INFO NI DARI MASA KE SEMASA…
Sep
19
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah… Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua
Ramadhan yang ditunggu akhirnya kunjung tiba… Alhamdulillah , kupanjatkan kesyukuran kepada-Mu Ya Allah kerana masih lagi sempat untuk menjalankan ibadah puasa dan mengumpul ‘beberapa kerat pahala’ dalam bulan yang mulia ini.
Ya Allah… jauhkanlah kami semua dari azab neraka-Mu sesungguhnya kami hanyalah makhluk yang lemah yang sentiasa mengharapkan keredhaan-Mu… Ya Allah andai kami ditakdirkan panjang umur Kau permudahkanlah jalan hidup kami… terangilah dan suluhkanlah kami jalan kebenaran dan seandainya Kau mengkehendaki kami kepada-Mu, izinkan kami menyahut seruan-Mu itu dengan bekal yang mencukupi…. berilah kami masa untuk menghapuskan noda di hati kami. Sesungguhnya kami semua ingin menemuiMu tetapi dengan rendah hatinya kami merasakan kami tidak layak untuk SYURGAMU Ya Allah..
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar
Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu
Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu
Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan
yang mulia ini, saya, Saliha Binti Said secara peribadi ingin mengucapkan kepada
anda yang beragama Islam selamat berpuasa,
semoga ibadah puasa ini dapat mendisiplinkan
kita sekaligus meningkatkan produktif kerja
seharian kita.
Moga ibadah puasa kita diterimaNya, insyaAllah….
dan jangan lepaskan peluang keemasan ini
dari DIA kita datang, kepada-Nya kita akan kembali… bersikap adillah untuk diri kamu sendiri!!
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK… banyakkan ibadah, gandakan sedekah jariah… sesungguhnya DUIT tidak menjamin kita ke syurga.. tetapi gunakan duit tersebut untuk untuk membina jambatan untuk ke ’sana’, bumi ALLAH yang kaya ni bukan hanya untuk kita…. renungkanlah..
Di sini saya ingin berkongsi pengalaman buat bisnes biskut raya taun lepas… saya xbuat pun biskut tu.. ye lah.. mana nak bertenet.. mana nak mengajar kt sekolah. Caranya ialah saya ambil untung atas angin jer… untung atas angin?? ape tu??
Mcm ni, akak saya mempunyai 1 bisnes membuat kuih raya, jadi saya beli secara borong dengan beliau.. then saya cari market.. xsusah menjual kuih ray sebenarnya.. just bagi orang try kalo sedap tu gerenti xcukup kertas la orang order nanti..
Caranya senang sahaja, sebelum ramadan, anda edarkan sample2 kuih raya dan jangan kedekut nak bagi orang rasa… bila mereka rasa dan terpaut hati mereka, kerja kita akan menjadi lebih senang…
Tumpukan perhatian kepada biskut yang popular dan unik sahaja… unik maksud saya lain dari yang lain. contohnya biskut “SWISS CASHEWNUT COOKIES’ saya ni.. saya jamin tiada orang lain pun yang menjualnya kerana resepi ini tercipta hasil dari idea saya dan kakak saya… dan seperti juga tahun lepas.. “SWISS CASHEWNUT COOKIES’ ini terus menggungguli carta order… kerana ia unik dan lain daripada yang lain..
.jpg)
.jpg)
Biskut ini sangat diminati kerana ia sangat sedap dan membuatkan pelanggan menyesal jika tidak mendapatkanya.. sebiji gajus panggang disalut dengan tepung gajus isimewa dan dicelup ke dalam coklat.. pasti menyelerakan sesiapa sahaja terutama kanak2
saya juga cuba mendapatkan biskut yang makin ditelan arus kemodenan seperti siput… bunga cina.. dan macam2 lagi.. kerana ianya agar sukar didapati pada masa sekarang..
Sep
13
ni la gambar kereta adik saya yang sudah tidak dapat diselamatkan lagi… takpe goku… kita cari keta lain kay!!! nak buat camna.. malang itu tidak berbau.. dah tersurat, redho je la…
Altavista - http://add-url.altavista.com/cgi-bin/newurl?
All The web - http://www.alltheweb.com/add_url.php3
Direct Hit - http://www.directhit.com/util/addurl.html
Excite - http://www.excite.com/info/add_url_form/
Google - http://www.google.com/addurl.html
Hotbot - http://hotbot.lycos.com/addurl.asp
Lycos - http://home.lycos.com/addsite.html



