hubungi saya sekarang

going gets tough, the tough gets going”

Posted on September 6th, 2007 in MOTIVATE OURSELF by admin

Agak sukar untuk terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Maksudnya lebih kurang, jika perjalanan hidup anda menjadi semakin sukar, anda sebenarnya sedang bergerak meninggalkan perkara yang sukar itu.

Contohnya, katakan anda sedang mengayuh basikal. Di hadapan anda ada satu kawasan berbukit. Apabila anda mengayuh menaiki bukit tersebut, kayuhan anda menjadi semakin sukar bukan? Namun anda tidak perlu risau kerana anda apabila anda teruskan kayuhan, anda akan melepasi kawasan berbukit itu dan kayuhan anda akan menjadi semakin lancar selepas itu.

Sama seperti hidup anda. Anda tidak perlu terlalu risau jika anda hadapi kesukaran dalam hidup atau semasa belajar sekarang ini. Ia semua akan berlalu dan anda akan jadi lebih senang dengan syarat… anda perlu teruskan perjalalanan anda…… :)

dalam menempuh alam bisnes yang kita sendiri kita boleh menjamin apakah kesudahannya… kita tidak seharusnya berputus asa sekiranya kita menemui kegagalan kerana bagi saya… gagal bererti ‘point’ atau ‘merit’ yang harus kita kumpulkan untuk menjulang kejayaan……

Nampak seperti sangat sukar tetapi tidak semua hempedu itu pahit. Saya sendiri selalu menasihati diri saya agar jangan sekali-kali berputus asa dalam merealisasikan misi saya… Sifu saya selalu berpesan kunci utama kejayaan ialah jangan sekali-kali berputus asa… ucapan yang selalu diungkapkan kepada saya ialah NEVER GIVE UP. Walaupun sudah lama kami tidak bersua.. saya tidak pernah melupakan sifu saya dan walaupun banyak kegagalan yang kami tempuhi bersama… dia tetap idola saya dan sifu saya yang terbaik. hayati lirik lagu ini

Ku Petik Bintang-bintang

Kupetik bintang-bintang
Biarpun banyak halangan
Rela tempuhi segalanya
Onak yang kupijak bagai tak rasa

Kusedar sejak mula
Tiada jalan yang mudah
Tapi kuyakini di dalam hati
Akhir terkota jua sumpah dan janji

Walau sukarnya bagi mu sayang
Perjalanan menyakitkan
Tapi hadapilah dengan kesabaran
Kan tiba kebahagiaan

hadapilah sesuatu itu dengan penuh ketabahan… sesungguhnya ‘bukan senang untuk senang’ dan bukan susah untuk susah… NO PAIN :-( NO GAIN :-)

 

 

Jana ‘income lebat’ dengan blog

Posted on September 6th, 2007 in FORUM by admin

Sahabat sekalian,

Mahukah anda menjana pendapatan dengan menggunakan blog? Atau mendapatkan pelawat untuk laman web perniagaan Internet anda dengan mudah melalui blog? Sudah ramai yang berjaya ‘membuat duit’ sama ada secara sampingan atau sepenuh masa dengan hanya menggunakan blog.

Ada juga mereka yang menjadikan blog sebagai ‘pintu masuk’ untuk pelawat ke laman web jualan produk mereka. Tetapi, anda perlu bermula dengan betul dan bersistematik dan ia memerlukan satu strategi dan teknik yang berkesan.

Anda mungkin salah seorang daripada mereka yang tidak tahu membina blog sendiri dan bagaimana mendapatkan pelawat ke blog anda. Anda sering meminta bantuan orang lain, bertanya, mencari, namun masa anda terus habis begitu sahaja dan tidak dapat membina blog anda sendiri. Mahukah anda terus membazir masa padahal ada jalan yang lebih mudah? Semakin anda membazir masa, semakin anda ketinggalan walhal orang lain terus meninggalkan anda.

Kini menjadi satu ‘trend’ orang sekarang memiliki blog dot com sendiri bagi tujuan menjana pendapatan sampingan atau sepenuh masa di Internet. Malah dengan memiliki blog, anda boleh menggunakannya untuk pelbagai tujuan dan dengan berbagai cara bagi matlamat yang sama = ‘membuat duit’.

Sudah terlalu lama saya mengidam untuk mempunyai blog ini dan hari ini impian saya tercapai… bagaimana???

KLIK PADA GAMBAR DI ATAS UNTUK MENGETAHUI RAHSIA PANDUAN HEBAT MEMBINA BLOG INI

Mohd Zulfadli atau lebih dikenali sebagai SmartZul dari smartusaha.com telah
melancarkan pakej ebook beliau yang bertajuk Pakej Kit Blogger 1. Di dalam
pakej siri 1 ini, beliau menunjukkan langkah demi langkah memasang blog
wordpress sendiri dan bagaimana menjadi blogger yang hebat.

Kata beliau, “mulakan langkah pertama dengan betul” dan melalui pakej ebook
tersebut beliau akan membimbing anda bagaimana bermula dengan betul melalui
sokongan satu Pelan Tindakan yang bersistematik dan tersusun.

Jika anda selama ini mencari-mencari panduan membina blog, maka hentikan pencarian
itu kerana ia hanya membazir masa anda sahaja. Dengan Pakej Ebook Kit Blogger,
kini segalanya sudah siap sedia untuk digunakan dan sebahagian besar masalah
anda akan selesai.

Salah seorang pembaca ebook tersebut yang zero teknikal mengenai blog terus
dapat memasang blog di domain-nya sendiri pada hari yang sama mendapat ebook
panduan tesebut.

Dapatkan maklumat lanjut di sini: http://bloggingsteps.com/kit/index.php?ref=otakbisnes

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Posted on September 6th, 2007 in SEKAPUR SIREH by admin

Akhirnya saya dapat mencuri waktu untuk memberi nafas baru kepada web saya ini. otakbisnes.com pernah mencapai zaman kegemilangannya pada suatu masa dahulu. Dan hasrat untuk membina semula otakbisnes.com sudah lama bersarang dalam hati saya tetapi masa sangat mencemburui saya.. Selain sibuk dengan kerja seharian saya juga perlu memberi perhatian kepada website MLM saya iaitu www.e-dcl.com, kerana itulah saya sangat bersyukur sangat pada Yang Maha Esa akhirnya saya dapat juga menghidupkan kepada otakbisnes.com. Walaupun mungkin tidak se gah laman web yang lain, saya yakin otakbisnes.com akan terus menyinar mencipta kegemilangan