hubungi saya sekarang

selagi ada kesempatan….

Posted on September 19th, 2007 in MY FAMILY AND .... by admin

a’kum dan salam buat semua…

apa yang anda fikirkan sekarang???

saya ingin mengajak anda memikirkan orang tua anda di kampung… Anda sudah pernah berbuka puasa bersama mereka tahun ini?? jika belum luangkan masa untuk mereka…

saya sendiri akan bercuti mulai esok sehingga ahad ni untuk pulang ke kampung di kelantan.. xsabar rasanya nk jumpa ibu tersayang… beliau lah ibu yang menjaga kami setelah arwah ayah ke rahmatullah 10 tahun lalu… buat arwah ayah… salam fatihah buatmu.. sesungguhnya Ramadhan kali ini hatiku sayu mengingatkanmu… semoga rohmu dicucuri rahmatNYa… aku amat merinduimu.. Amanlah kamu di sana.. AMINNNN…

kepada anda semua.. jgan lupakan ibu ayah anda… selagi ada kesempatan… kerana jika anda ‘terlepas’ peluang ini… anda pasti akan menyesal…

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai…

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai…
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai…
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

EMPAY akan kembali…. tunggu!!!!

Posted on September 19th, 2007 in FORUM by admin

Berita baik untuk semua ahli Empay.. Empay bebas dari ‘title’ saham internet. IPC telah menerima surat dari BNM dan SC… Empay dijangka akan dilancarkan semula hujung bulan ini.. tunggu

SAYA AKAN UPDATE INFO NI DARI MASA KE SEMASA…

Salam Ramadhan

Posted on September 19th, 2007 in akulah hambaMU Ya Rabbi by admin

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah… Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua
Ramadhan yang ditunggu akhirnya kunjung tiba… Alhamdulillah , kupanjatkan kesyukuran kepada-Mu Ya Allah kerana masih lagi sempat untuk menjalankan ibadah puasa dan mengumpul ‘beberapa kerat pahala’ dalam bulan yang mulia ini.

Ya Allah… jauhkanlah kami semua dari azab neraka-Mu sesungguhnya kami hanyalah makhluk yang lemah yang sentiasa mengharapkan keredhaan-Mu… Ya Allah andai kami ditakdirkan panjang umur Kau permudahkanlah jalan hidup kami… terangilah dan suluhkanlah kami jalan kebenaran dan seandainya Kau mengkehendaki kami kepada-Mu, izinkan kami menyahut seruan-Mu itu dengan bekal yang mencukupi…. berilah kami masa untuk menghapuskan noda di hati kami. Sesungguhnya kami semua ingin menemuiMu tetapi dengan rendah hatinya kami merasakan kami tidak layak untuk SYURGAMU Ya Allah..

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu

Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan
yang mulia ini, saya, Saliha Binti Said secara peribadi ingin mengucapkan kepada
anda yang beragama Islam selamat berpuasa,
semoga ibadah puasa ini dapat mendisiplinkan
kita sekaligus meningkatkan produktif kerja
seharian kita.

Moga ibadah puasa kita diterimaNya, insyaAllah….

dan jangan lepaskan peluang keemasan ini

dari DIA kita datang, kepada-Nya kita akan kembali… bersikap adillah untuk diri kamu sendiri!!

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK… banyakkan ibadah, gandakan sedekah jariah… sesungguhnya DUIT tidak menjamin kita ke syurga.. tetapi gunakan duit tersebut untuk untuk membina jambatan untuk ke ’sana’, bumi ALLAH yang kaya ni bukan hanya untuk kita…. renungkanlah..