


Archive for January, 2008
x sabar rasanya nk tunggu salihashop dilancarkan.. dalam kepala ni mcm2 produk dah terbit.. yang pasti kena letak berlian oktant untuk support http://www.otakbisnes.com/oktant.htm , ltak dinar iraq untuk support http://www.mydinar.biz , letak produk DCL untuk support http://www.e-dcl.com
hmmmm.. dalam kepala otak ni macam2 bisnes ader… xle nak grab sumer.. time is limited… setiap hari ahad – khamis whole day kt sekolah.. tambah2 sekarang ni musim sukan.. adui.. biasaler kalo ptg bebudak ni bersukan.. malam2 cikgu yg terlebih penatnyer hehe.. tahun ni jadi penasihat Softball (haku xpernah main pon).. nk kena study ni…
tadi petang bntai tido lama gak.. gtula.. sampai satu tahap tu bila dan penat sangat.. rasa xlarat semacam.. tapi semangat tu penting..
kadang2 terpikir nk quit jer tapi pikir sayang lak bebudak tahun ni lebih cerdas daripada last year… dan begitulah sterusnya…hehe.. sampai pencen
insyAllah web tu akan siap dalam mingu ni jugak.. insyAllah
Jan
27
persaingan.. itulah ungkapan yang digeruni oleh kebanyakan peniaga online.. tapi saya tidak pernah gentar dengan persaingan. ada orang sanggup menggunakan tipu helah semata-mata untuk bersaing… sedangkan saya pasti sangat setiap rezeki yang kita dapat tu telah ditentukan oleh Yang Maha Esa.. tinggal lagi usaha dan doa…
pengalaman saya dalam bidang bisnes online ni xdela hebat sangat.. tapi sepanjang saya melibatkan diri dalam bidang ni… banyak pekara yg saya dah pelajari.. banyak tu tidakler.. tapi cukuplah sekadar memantapkan diri
dulu kalau sebut otakbisnes.com… ramai org mengenali web saya sbb skim2 atau saham2 internet.. sbb dulu saya bukan main aktif lagi.. sampailah skim2 tersebut menamatkan riwayat masing2.. masa tu saya jatuh tersungkur.. kerugian xpayah cakapla.. tapi kadang2 saya fikir ianya sangat berbaloi.. saya belajar dari GURU YANG TERULUNG DI MUKA BUMI.. iaitu KESILAPAN…
KENAPA??
disebabkan program2 tu… saya belajar membina website.. bayangkan dari xtau camne nk buat web ( dulu masa kt utm ada belajar asas jer - xdetail pun), nk upload web, nak handle cpanel, nak buat salesletter, nk promote, nk adjust html code.. semuanya guna kaedah TRY and ERROR ( kebanyakan error ;)) ) …. akhirnya saya mampu menguasai tahap minimum.. ALHAMDULILLAH
saya juga bernasib baik… kerana saya dianugerahkan seorang sifu (Mr Zulkey Hashim) yang tidak jemu memberi pandangan dan nasihat… byk benda yang saya pelajari dari beliau… dan byk juga benda yang sama2 kami kaji… namun akhir2 ini kami jarang bersua kerana terlalu sibuk dengan hal masing2… tapi suatu hari jika saya Sukses.. insyAllah sya tidak akan pernah lupakn beliau..
sebenarnya persaingan itu memantapkan kita.. namun betapa pentingnya persaingan pun jangan sampai menyentuh hak asasi individu lain.. walau setinggi mana pun darjat anda di dalam bisnes online.. anda tidak seharusnya bermegah kerana suka saya ingatkan kepada anda semua… kita semua bermula dari bawah.. Bumi Allah ini luas… kalau dah ditakdirkan rezeki anda.. bersyukurlah.. jika tidak.. anggaplah Allah ada perancangan yang lebih baik utk anda
smile always :: senyum sokmo :: bersama muhasabah diri
- saliha a.k.a otakbisnes n some say isairlea
rupanya jumaat yang indah ini mengukir sejarahnya yang tersendiri hari ni..
berita pemergian Allahyarham Zakuan betul2 membuatkan hati seorang guru sepertiku ini cukup sayu… dah banyak kali kami guru2 berpakat untuk melawatnya di Hospital Kuala Terengganu (HKT), tetapi terpaksa ditangguhkan kerana terlalu banyak hal yang perlu dibereskan… kami merancang utk menziarahinya pada pukul 1-2 pm, jadi kami harus bertolak dari sini pukul 11-12 tgh…
hari ini aku cuti hujung minggu.. budak2 SPM mintak buat kelas add math… memandangkan diorang bersungguh2.. aku xsanggup nak hampakan niat diorang walaupun terasa sangat penat… kelas bermula pukul 9 dan akan berakhir pada pukul 12 tgh.. tiba2 rakanku menelefon dan mengatakan kami akan bertolak pada pukul 11 pagi… jadi aku terpaksa menyudahkan kelas tersebut seawal jam 11 pagi.. pelajarku membantah tanda x berpuas hati tetapi aku memujuk mereka untuk mengadakan kelas pada esok pagi… aku pun xtau kenapa kami terasa sangat nk pergi awl…
kul 1.14 pm kami tiba di
alangkah terkejutnya aku… bila aku lihat keadaan arwah macam tu.. sayunya hatiku.. tubuh terbujur kaku.. hnya yg dapat aku lihat ialah naik turun arwah menghembuskan nafasnya… itupun dengan bantuan alat pernafasan.. ibunya setia menunggu di sisi.. dalam hatiku berkata
“zack.. cikgu datang ni zack… zack kena kuatkan semangat’
rasa macam nak menangis pun ada.. teringat kenangan bersama arwah.. semasa arwah form 4 aku ajar dia bahasa melayu dan add math.. bila form 5 aku jadi guru kelas dan guru add mathnya.. pelbagai ragam arwah dalam kelas.. seorang yang ceria.. kalau kami perlukan sponsor utk jamuan makan kelas arwah sedia membantu (arwah ni anak kepada YB Datuk Din Bin Adam)… arwah tidak sombong walaupun anak orang berada dan gemar membuat lawak jenaka..
kali terakhir aku lihat arwah.. masa aku ter kejar2 nak gi mesyuarat awal tahun 26 disember lalu.. aku melalui kawasan tmpat arwah bermain sepak takraw… dia melambaikan tangan menyapa aku dengan melaungkan ‘cikgu’.. itulah kali terakhir aku tgk dia
selesai aku menziarah arwah kami ke sebuah restoran utk makan tengahari… sesudah itu kami ke masjid Kuala Ibai utk menunaikan solat zuhur.. sampai sahaja di perkarangan masjid.. kami terima SMS dari salah seorang rakan sekerja
” zack dah meninggal 3 minit lepas”
masa tu aku rasa nk luruh jantung ni… zack.. nasib baik cikgu sempat jumpa zack..zack pergi pun hari baik bulan baik… xsempat zack tgk result SPM
zack semoga zack ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan soleh.. amin.. alfatihah
kenangan bersama zack akan selalu terpahat abadi di memori ingatan cikgu… maafkan cikgu zack…
MOHD KHAIRUL ZAKWAN BIN DIN.. kau pergi jua… Al-fatihah
YA ALLAH YA TUHANKU… Kau ampunkanlah dosa Allahyarham mohd khairul zakwan bin din dan tempatkanlah Allahyarham dikalangan orang2 yang beriman dan soleh.. aminnnnnnnnnnnnn

