penatnya… not in mood
Minggu ni merupakan minggu yang paling memenatkan dalam tahun ni… bermula dengan MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, sesi penggambaran setiap kelas di mana memainkan peranan sebagai seorang ‘cameraman’… latihan rumah sukan setiap petang, sukan merentas desa pada hari khamis dan yang paling menguji kesabaran ialah menjadi salah seorang AJK Statistik dalam Kejohanan Peringkat Negeri.
Hari ni memang stress giler… sampaikan majlis penutup terpaksa ditunda beberapa jam disebabkan kami tidak sempat mengeluarkan keputusan perlawanan. Ini disebabkan oleh beberapa masalah teknikal. Keputusan kejohanan memanah juga agak rumit jika nak dibandingkan semasa kami menjadi AJK Statistik untuk acara ping pong tahun lepas.. bila dah selesai majlis penutup kami perlu membukukan statistik dan analisa keputusan untuk dihantar ke PPD dan sekolah berkenaan.
Masalah timbul apabila berlakunya ‘blackout’ yang menjejaskan kerja-kerja akhir kami untuk print out segala maklumat berkaitan. Tunggu punya tunggu 1 jam masih blackout, kami balik.. esok sambung lagi.. adusss esok stress lagi..
Esok macam xde mood je nak gi sekolah, budak2 harapan saya dah diambil orang… kelas sains tingkatan empat diambil dan dipindahkan ke sebuah sekolah khas.. saya mengajar mereka Bahasa Melayu dan Add math.. huhu sedihnya…macam xsanggup nak biarkan diorang pergi tapi nak buat camne.. untuk kebaikan masa depan diorang.. tapi esok mesti teringat kat diorang.. dahler jadi guru kelas diorang.. rindunya cikgu kat korang sume.. ape2 hal GOOD LUCK my dearest student…
Mulai esok kena kerja kuat cket kat koperasi sekolah sebab kebanyakan pengawas koperasi ialah dari kelas yang dipindahkan tu.. adoi… rasa cam kehilangan sangat.. xde mood nk gi sekolah esok.. ditambah pula dengan beberapa masalah peribadi.
Minggu ni xbalik rasa rindu sangat kat mak (camnela aku nak kawen ni.. hehehe). Sebab saya ada banyak masalah so kena balik duk dekat ngan mak.. walaupun xcerita kat dia masalah2 tu tapi hati rasa tenang cket.. huhu dah tua pun nak manja2 lagi… mak pun mesti rindu kat saya sbb kalo biasa saya balik weekend mesti mak bagitau nak makan apa… so saya paham2la.. then masakkan.. minggu ni xleh wat gtu… cuti sekolah ari tu xsempat nk bawak beliau gi shopping kat langkawi… rasa bersalah lak.. hmm bila la nak kaya raya ni.. mak nak gi mana bawak jer…
hehe tu sahaja sedikit kisah untuk minggu ni..

