


Archive for July, 2009
wahhh.. kalo korang nak tau ni tepung kek air tangan akak aku yang sulung… aku la agen pemasaran beliau.. tepung kek ni sedap tau
NI BLOG AKAK AKU YG TERANGKAN DETAILS SAL TEPUNG KEK NI
TEPUNG KEK PERISA LAIN PUN ADA.. PI LA TGK…
.jpg)
memandangkan tepung kek segera akak aku ni mempunyai potensi yang cerah.. maka aku akan pasarkan secara bersungguh-sungguh tahun ni… kat kelantan dan terengganu aku xkisah sangat tapi aku nak cari penngedar dari negeri lain… lagi ramai lagi bagus… hehehe
minggu lepas aku tanya ina (ajil) tahun ni nak jual lagi x tepung kek ni.. mula2 dia cakap xnak sebab sedang sarat.. so aku kat ok la.. aku mintak no tel kawan2 yang berminat dan bagitau dia taun ni aku nk letak iklan banner kat simpang ajil.. terus si ina tukar fikiran.. tahun ni dia nak jual jugak.. hehe tamak ek ko!!! aku bgtau dia blog utk tepung kek dah siap nanti ape2 hal rujuklah sana.. aku cakap aku nak letak gambar demonstrasi syasya wat kek pakai tepung ni ( anak sedara aku, darjah 6) supaya orang tau budak2 pun leh buat kek dengan tepung kek ni… mudah giler..
korang tau ina jawab ape?? “kawan aku bagi anak dia darjah 1 je buat”
dalam hati aku.. o ye ker???
baru aku teringat bekas PK HEM sekolah aku dulu.. Kak Mek, beliau kata anak2 gadisnya yang sekolah rendah je buat kek ni kalau diorang nak..
dan Kakak, anak sulung kepada kak Nora (SMK KG NYIOR) yang darjah 3 pun sama…buat sendiri je kek ni..
hmm bangga giler aku dengar (aku pun malas nak buat walaupun segera)
sorang lagi cikgu Aemizal (ketua bidang aku), bgtau anak dia mmg gilerkan dan ketagih dengan tepung kek kami ni sampaikan kalau ada majlis harijadi dia.. xnak bapak dia belikan kek ising yang cantik tu.. nak kek ni jugakkkkkkkkkkkk…
anak2 sedara aku lagi terer.. diorang siap buat cupcake dan jual kat kawan2 diorang kat sekolah.. bizzminded jugak budak2 ni..
korang bila lagi nak try ni??? ha???

ni antara jalan ceritanya..
Iljimae is a mysterious, black-swathed thief who robs from corrupt government officials and gives to the poor. He steals not only material treasures but also people, be they wrongfully held prisoners or criminals hiding from judgment. At the scene of each robbery, he leaves a small painting of a branch of red plum blossoms called a “meh hwa”. The citizens support Iljimae while the king and the nobility try to catch him and find his identity.
Gyum is the son of a virtuous nobleman who is a trustworthy supporter to the king and a central member of the secret organization, Hanowheh, of important nobles and the king as their leader. He moves away from the capital to live peacefully with his wife, daughter, and baby son in the country. Years later, he returns to the capital to meet with another member to discuss the state of matters. However, a mysterious rumor is spread that he is plotting to overthrow the king.
part ni paling sedih sbb dia dah ingat balik macam mana bapak dia dipancung dan diseksa semasa dia kecil…
cerita ni mengisahkan bagaimana kehidupan sebuah keluarga bahagia diragut dengan begitu kejam sekali hanya kerana perasaan dengki dan irihati.. saksikan bagaimana RYUNG (iljimae) menghadapi semua ini dengan ketabahan… menyiasat siapa dalang disebalik pembunuhan org2 yang disayangi…
p/s aku mmg nangis giler tgk cite ni… mmg menyayat hati… baik korang tengok
KLIK SINI KALAU NAK TENGOK ONLINE
Jul
22
Cken..cken..cken.. thankx sbb sudi jenguk blog cikgu dan jadi pengunjung setia blog cikgu.. semoga berjaya dalam hidup dan gah di menara gading… doa cikgu sentiasa mengingati awk.. wahai hagemaru cikgu…
Ni ayat peberet cken — “cikgu ni ork…, cikgu ni ngade unggoh” … hehe ingat x?
lagu ni khas cikgu tujukan untuk cken
UiTM Dihatiku.
Wujudmu Di Sini Di Tanah Anak Merdeka
Bagai Obor Ilmu Memayungi Putera Puterinya
Pelopor Hidup, Budaya Bangsa, Agama…. Negara
Pembentuk Akhlak Manusia, Agar Jadi Sempurna
Ku Yang Melangkah Ke Sini Ingin Mempelajari
Rahsia Di Muka Bumi Dengan Cara Hakiki
Tunjukkan Aku Jalan Ilmumu
Untuk Ku Menuju
Destinasi Cita-cita Negara Dan Bangsaku
Majulah Bangsa, Maju Negara
Berkat Usaha Jaya Mara
Kami Berikrar Akan Berjasa
Hingga Kita Berjaya….Demi Bangsa
Watikah Yang Ku Miliki Kan Ku
Semat Di Hati
Janjiku Pada Pertiwi Untuk
Menabur Bakti
Ku Sempurnakan Seikhlas Hati
Membela Negara
Doa Restu Ayah Bonda Ku
Untuk Mu Semua
UiTM Usaha Takwa Mulia
Jul
22
Raya dah dekat.. aku mula dah teruja nak buat macam2 bisnes…. haha jangan jadi tamak sudah.. lepas ni aku kena kerja keras la sikit.. nak cari duit raya lebih sikit.. mana tau hujung taun ni leh bawak family aku gi melancong ke Langkawi sekali lagi…
Hmmm… Langkawi.. tempat peberet mak aku.. aku pun xtau la apa yang dia suka sangat ngan Langkawi.. tapi aku pun suka gak sebenarnya.. family kitorang mmg selalu gi Langkawi maybe sbb adik2 mak aku ada kat kedah dan perlis… biarlah.. asal dapat bahagiakan mak kitorang.. dulu masa arwah ayah ada dulu mak aku siap boleh gi shopping kat Singapore lagi tapi bila ayah xde, kehidupan mak aku terus berubah… mak aku mula berjimat.. nak besarkan 10 orang anak bukannya senang.. aku pun xtahu macam mana mak aku bleh survive masa tu.. tambahan pula abg aku yang sulung masa tu pun masih mentah lagi dan kakak aku plak baru bleh posting.. kat johor plak tu.. tulah pengorbanan seorang ibu kan…
Hmm berbalik semula pasal bisnes… pelik family aku.. akak aku yg sulung dengan bisnes tepung kek dia… no. 2 dengan uptrendnya… no. 3 dengan alpha lipidnya.. n0. 4 dengan warung laksa penangnya.. no 5 dengan bisnes topupnya.. no 6 dengan bisnes handsetnya.. pastu aku then adik aku yg bizi dengan bisnes kontraktornya.. yg selamat xkena virus bisnes ni adik aku yg bongsu.. tapi aku rasa lepas abis stadi karang mesti terjebak punya.. macam aku dulu.. kadang pikir balik ruginya xbuat bisnes masa stadi dulu.. cepat sikit kaya… hehe
Aku suka sangat berangan.. teringat kata2 Dr Widad masa kat UTM dulu.. katanya “berangan tu bagus… boleh hilangkan stress.. juga boleh kecapi apa yang kita inginkan.. tanpa perlu keluarkan modal” tapi pesan beliau janganlah over sangat kang jadi cam Mat Jenin lak.. masalah aku sekarang aku suka berangan lebih daripada Mat Jenin berangan… nak buat macam mana..
Aku ingat nk tumpukan bisnes oktant, tepung kek dan jug biocera dulu untuk projek raya ni.. mana tau lepas ni leh la sambar Vios Sportevo kaler putih lak (berangan lagi).. hmm sebenarnya berangan ni mmg betul2 leh hilangkan stress dan naikkan semangat aku untuk berbisnes..lagipun tahun ni aku xngajar kelas peksa pun.. jadi relax cket.. tapi xrelax jugak…dengan koperasi nya.. dengan dokumentasinya.. dengan badan pengawasnya (dah byk kali budak2 ni datang jumpa aku mintak adakan meeting pengawas.. sian diorang .. aku bizi sangat)…
Aku xpernah menolak kerja yang pengurusan sekolah bagi tapi tahun ni aku mmg tertekan giler dengan beban kerja, sbb tu aku merayu kat PK HEM aku supaya gugurkan aku sebagi guru tingkatan… alhamdulillah rayuan aku diterima so semenjak 2 menjak ni aku leh relax sikit.. lagipun aku xsuka buat kerja2 perkeranian ni (bosan betul), kalau bagi aku bekerja dengan kamera dan laptop bole ler.. hehe
dah lama nak menulis cerita tentang arwah ayah (insan yang banyak menyumbang darah bisnes kepada aku)
Semalam aku melawat ke HKT (melawat mak kepada student aku yang sakit tenat).. HKT sebenarnya mengembalikan ingatan aku kepada arwah zack.. aku gi dengan k.kham.. masa tercari-cari budak tu (aku gelarkan dia cikyam).. kitorang terlihat la dia senang menangis kat depan pintu bilik ICU. aku dah mula gelabah.. hhuhu aku mmg xreti nak pujuk orang yg sedang bersedih. silap2 aku pulak yang akan terlebih sedih. Cikyam ni bagus budaknya. tapi tahun ni dia ke SMK Jerangau disebabkan semua kelas sains dikumpulkan di sana.. kami dipelawa masuk ke dalam untuk menjenguk ibunya. aku masuk dengan k.kham, pastu jumpa dengan akak che yam. matanya kelihatan merah menahan sebak… dan ayahnya xhenti2 mengajar ibunya mengucap 2 kalimah syahadah.. kami kelu xterkata.. kami sempat menghadiahkan bacaan YASSin kepada ibunya mudah2an beliau cepat sembuh.. xlama kami kat dalam tu sebab ramai yang menunggu nak masuk…
hati aku mula xsenang.. asyik teringatkan che yam, dahla tahun ni dia nak ambik SPM.. aku takut keadaan ni mengganggu emosinya.. kami xboleh lama kat situ sbb kami ada banyak tempat lagi nak singgah. Doktor pun kata yang peluang untuk ibunya sembuh pun dah tak ada dan hanya menunggu masa…
bukan itu yang sebenarnya aku nak ceritakan.. aku selalu terfikir biarlah kita kehilangan ayah daripada kehilangan mak (sbb aku rapat dengan mak)… tapi itu tidaklah bermakna aku xsayangkan arwah ayah. KEHILANGAN merupakan sesuatu perkara yang paling aku xboleh terima dalam hidup tapi aku kena REDHA. Arwah ayah mengajar aku banyak perkara.. walau hanya selama 14 tahun… dan sehingga kini aku dapat merasakan kasih sayang ayah.. yang tak akan pudar untuk selamanya… halwa telinga aku sering dibisikkan dengan suara merdu ayah, mataku sering digenangi air mata kerinduan terhadap ayah… aku takut suatu hari nanti aku akan lupakan suara ayah.. aku akan terlupakan wajah ayah yang aku simpan jauh di dasar hati aku…
setahun aku demam sebab teringatkan arwah ayah.. sebab aku selalu menangis.. xsangka ayah akan pergi begitu cepat dan tiada sebarang petanda pun ayah akan meninggalkan kami.. tiada lagi orang yang akan mempertahankan aku bila dikhianati oleh budak2 nakal.. tiada lagi orang yang akan bawa kami keluar makan roti canai.. tiada lagi insan yang akan mengupaskan buah mangga (sbb kami xakan makan dengan mengupasnya sendiri) tiada lagi insan yang akan bawa kami sekeluarga melancong ke Johor Bharu hampir setiap tahun… tiada lagi insan yang kan belikan kami ‘ayam pedas mak wan’ untuk lauk tengah hari.. tiada lagi insan yang nak bawa kami ke pelabuhan Besut pada setiap awal pagi hari minggu, tiada lagi orang yang akan bawa kami bersiar-siar dengan menaiki beca Pok Ta, tiada lagi orang yang akan mengerah kami berzikir pada setiap malam (dulu semasa kecil aku sentiasa rasa terbeban dengan syarat ayah ni- maklumlah setan selalu menghasut)… tiada lagi insan yang akan terbaring di setiap petang di atas bangku rotan setelah seharian mencari rezeki untuk anak isteri, tiada lagi orang yang akan mensyarahi kami pada setiap malam… tiada lagi orang yang akan buat segalanya untuk segala-galanya.. tiada lagi.. dan aku akan sentiasa menjadinya beliau terus berada dalam hatiku.
teringat aku tentang sebuah cerita korea yg bertajuk MY FATHER.. sangat sedih cerita tu.. aku tertarik untuk menonton cerita tersebut kerana tajuknya.. cerita itu dibuat berdasarkan sebuah kisah benar.. jalan ceritanya tidaklah begitu mengujakan aku tetapi suatu ungkapan yang diucapkan oleh pemegang watak ayah dalam cerita tu sangat memilukan aku… saat dia ditakdirkan untuk berpisah dengan anaknya kerana hukuman gantung.. ayah tersebut telah berpesan kepada anaknya…
“orang yang kita sayang tidak akan pernah meninggalkan kita. mereka akan sentiasa berada dalam hati kita”
aku percaya dengan ungkapan ini… sebab orang yang kita saya akan sentiasa kita kenang untuk selamanya..
kini aku tidak putus berdoa supaya ALLAH memanjangkan usia ibuku kerana dia ayah dialah ibu… insan terbaik yang dihadiahkan oleh ALLAH kepada aku.. ibu kini berusia 65 tahun… entah berapa lama lagi aku dapat bersama ibu… belum puas rasanya untuk membalas jasa ibu… dan mungkin tidak akan terbalas sekiranya aku diberi 100 tahun sekalipun…
Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That?s right no other
My mother
Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother
Who should I say why close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Calm your head
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother
Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.
Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari
Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi
Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga
Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami

