NEVER GIVE UP
There can be miracles
When you believe
Though hope is frail
It's hard to kill
Who knows what miracles
You can achieve
When you believe
Somehow you will,
You will when you Believe!
aku dah jangka dah benda mcam ni mesti akan terjadi punya…. semalam aku bersama pengawas buat spot check kat kelas 4 Bestari.. 5 Kurnia… dan 5 Karisma. Kami dah rancang banyak kali tetapi terpaksa kami batalkan disebabkan beberapa halangan.. semalam terpaksa minta campur tangan PK HEM sbb nak bagi budak2 ni takut sket…
Pelajar 4 Bestari sekolah aku memang melampau.. muka sorang2 pun pada pandangan aku xde cahaya keimanan langsung… datang sekolah buat perangai gila masing2.. pantang ditegur mesti jadi isu…
Hasil daripada spot check semalam kami dapat rampas beberapa unit telefon bimbit ( lebih canggih dari handset cikgu lagi..), aksesori telefon, daun terup serta mancis…) budak2 yang kena spot check tu bengang je dengan aku… biasalah.. sebagai seorang guru disiplin.. kena buat2 xdengar je la
Dah lama rasanya aku x menulis blog.. akhir2 ni aku asek xsihat jer.. asek demam jer.. naik tension aku.. tapi k.kham kata sakit tu penghapus dosa.. memang betul cakap k.kham tu tapi musim ani banyak sangat keje.. tanda kertas… laporan aktiviti unit 2009.. anggaran belanjawan 2010.. plan taktikal..la.. macam2 ada.. huhu.. atau aku sakit sbb stress dengan budak2 sekolah yang 1001 ragamnya.
Tapi tahun ni aku cukup stress ngan 2 beradik malang ni.. S*** A*** dan S*** A****… xcukup mak diorang datang serang aku ngan k.ika (PK HEM) aku aritu.. anak dia yang 2 orang selalu sangat buat hal.. sampai aku kadang2 sakit hati giler kat diorang.. rasa nak bakar je hidup2.. Cabaran jadi guru disiplin memanglah berat. Di mata kita semua yang xbetul tu adalah salah. Tapi di mata mereka semua yang salah tu adalah sbb cikgu disiplin mmg nak cari kesalahan diorang. Cerita pasal dua beradik ni tadi.. dulu mak dia orang susah gak sampai buat nasi lemak jual kat koperasi sekolah.. sekarang ni da nampak senang sikit mula nak berlagak.. siap memperkecil2kan kemampuan kitorang.. cakap anak dia xsejahat yang kami sangkakan sebab dia dah didik siang malam.. berbulu telinga aku mendengarnya.. dalam hati aku cakap kalau dah didik siang malam mestilah jadi orang bukannya B*******. Tapi bukan salah dia jugak, sbb budak 2 orang ni kalau depan mak dia.. pijak semut pun xmati.. Masa anak dia curi handset aku ari tu .. aku xde niat pun nak repot polis.. punyalah nak jaga air muka dia.. last2 leh pulak dia cabar aku report polis.. tapi k.ika kata kita xleh layan sangat orang yang mentaliti dia rendah ni.. sbb tahap pemikiran kita ngan dia xsama.. kita orang profesional.. sib baik aku xmengajar kat kg sendiri.. kalau x denngan mak2 aku sekali bermasam muka dengan mak budak2 ni… huh.. nasiblah…
Sekarang ni aku sakit telinga disebabkan oleh bengkak tonsil ari tu… huhuhu dalam bilik seminar.. jaga budak 4 Bakti pekse paper kimia.. budak2 ni ok.. aku rasa budak2 ni je la penawar aku.. aku ajar diorang ADD MATH.. kalau kelas lain tu.. xtau nak cakap la.. perangai ntah ape2 ntah.. ahad isnin ni aku nak ambil cuti.. nak g wat medical chec-up, lagipun aku stress giler duk kat sekolah.. hujung2 tahun ni mula la budak2 ni buat hal.. menyampah betul aku… sorang-sorang aku tengok macam pengganas komunis.
Semalam budak2 4 bestari main sepak tin ( bayangkan tin biskut yang 4 segi tu diorang leh jadikan bola.. keebetulan masa tu aku kat 2 muhibah.. apa lagi aku snap gambar diorang.. mula2 diorang xperasan tapi bila diorang perasan diaorang mula la lari lintang pukang.. mulut diorang jangan cakaplah.. macam2 sumpah kat aku.. bodohla.. bab* la… mcam2.. aku kecik ati sangat ngan bebudak ni… tapi nak buat macam mana.. xhabis lagi panas ngan 4 bestari.. masa nak balik ke bilik guru aku tgk diorang dah main sorok2.. konon nak lari balik awal la.. nak ponteng solat zohor.. apa lagi aku snap lagi…. patutla muka diorang keruh semacam jer.. nak solat pun malas.. adik2 yg form 1.. form 2 pun terikut la dengan prangai bangang diorang ni.. datang sekolah baju xpernah pakai kemas.. tie xde.. kasut bukan kasut sekolah.. kasut nike.. konon2 nak tunujuk diorang tu anak orang kaya la.. kalau kaya sangat suh la bapak diorang wat sekolah… gaji cikgu sendiri pastu wat undang2 sendiri (tu baru didik siang malam namanya)
Sebut nama 4 bestari jer aku dah cukup benganng!!!!