hubungi saya sekarang

kau pergi jua… segar dalam ingatan

Posted on January 25th, 2008 in akulah hambaMU Ya Rabbi by admin

rupanya jumaat yang indah ini mengukir sejarahnya yang tersendiri hari ni..

berita pemergian Allahyarham Zakuan betul2 membuatkan hati seorang guru sepertiku ini cukup sayu… dah banyak kali kami guru2 berpakat untuk melawatnya di Hospital Kuala Terengganu (HKT), tetapi terpaksa ditangguhkan kerana terlalu banyak hal yang perlu dibereskan… kami merancang utk menziarahinya pada pukul 1-2 pm, jadi kami harus bertolak dari sini pukul 11-12 tgh…

hari ini aku cuti hujung minggu.. budak2 SPM mintak buat kelas add math… memandangkan diorang bersungguh2.. aku xsanggup nak hampakan niat diorang walaupun terasa sangat penat… kelas bermula pukul 9 dan akan berakhir pada pukul 12 tgh.. tiba2 rakanku menelefon dan mengatakan kami akan bertolak pada pukul 11 pagi… jadi aku terpaksa menyudahkan kelas tersebut seawal jam 11 pagi.. pelajarku membantah tanda x berpuas hati tetapi aku memujuk mereka untuk mengadakan kelas pada esok pagi… aku pun xtau kenapa kami terasa sangat nk pergi awl…

kul 1.14 pm kami tiba di sana (unit rawatan rapi HKT).. kami masuk dan mula mengecam yang mana satu Allahyarham.. tetapi kami tidak menjumpainya sehinggalah kami terlihatkan namanya terpapar di katil no 5…

alangkah terkejutnya aku… bila aku lihat keadaan arwah macam tu.. sayunya hatiku.. tubuh terbujur kaku.. hnya yg dapat aku lihat ialah naik turun arwah menghembuskan nafasnya… itupun dengan bantuan alat pernafasan.. ibunya setia menunggu di sisi.. dalam hatiku berkata

“zack.. cikgu datang ni zack… zack kena kuatkan semangat’

rasa macam nak menangis pun ada.. teringat kenangan bersama arwah.. semasa arwah form 4 aku ajar dia bahasa melayu dan add math.. bila form 5 aku jadi guru kelas dan guru add mathnya.. pelbagai ragam arwah dalam kelas.. seorang yang ceria.. kalau kami perlukan sponsor utk jamuan makan kelas arwah sedia membantu (arwah ni anak kepada YB Datuk Din Bin Adam)… arwah tidak sombong walaupun anak orang berada dan gemar membuat lawak jenaka..

kali terakhir aku lihat arwah.. masa aku ter kejar2 nak gi mesyuarat awal tahun 26 disember lalu.. aku melalui kawasan tmpat arwah bermain sepak takraw… dia melambaikan tangan menyapa aku dengan melaungkan ‘cikgu’.. itulah kali terakhir aku tgk dia

selesai aku menziarah arwah kami ke sebuah restoran utk makan tengahari… sesudah itu kami ke masjid Kuala Ibai utk menunaikan solat zuhur.. sampai sahaja di perkarangan masjid.. kami terima SMS dari salah seorang rakan sekerja

” zack dah meninggal 3 minit lepas”

masa tu aku rasa nk luruh jantung ni… zack.. nasib baik cikgu sempat jumpa zack..zack pergi pun hari baik bulan baik… xsempat zack tgk result SPM

zack semoga zack ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan soleh.. amin.. alfatihah

kenangan bersama zack akan selalu terpahat abadi di memori ingatan cikgu… maafkan cikgu zack…

MOHD KHAIRUL ZAKWAN BIN DIN.. kau pergi jua… Al-fatihah

YA ALLAH YA TUHANKU… Kau ampunkanlah dosa Allahyarham mohd khairul zakwan bin din dan tempatkanlah Allahyarham dikalangan orang2 yang beriman dan soleh.. aminnnnnnnnnnnnn

Post a comment

You must be logged in to post a comment.