Cari Sesuatu?

Custom Search

Dilamun Cinta??

CUBA KLIK!

"I Believe I Can"

NEVER GIVE UP There can be miracles When you believe Though hope is frail It's hard to kill Who knows what miracles You can achieve When you believe Somehow you will, You will when you Believe!




Archive for the 'akulah hambaMU Ya Rabbi' Category



Hehe aku dah lama nak tulis topik ni tapi mmg xberkesempatan.. korang pernah tak

  • keluar daripada ATM untuk cucuk duit pastu nampak ada makcik/pakcik.. biasanya pakcik la.. bawak 1 tabung kononnya nak mintak derma untuk penubuhan masjid ker.. sekolah tahfiz ker..
  • jalan-jalan kat pasar malam lepas tu jumpa orang tua yang minta sedekah.. ada yang siap bawak anak yang sakit lagi - kesian anak dia tapi kalau dia xbawak.. sape nak kesiankan dia kan??
  • budak2 yang jual sticker Quran pastu kadang2 siap paksa lagi kita beli.. then bagitau kita dah berapa hari dia xmakan..
  • korang tengah makan kat warung.. tiba2 datang sorang pakcik hulur duit then cakap kat kita..”mintak duit sikit, seringgit pun jadila.. tolongla..

dan macam2lagi la situasi lagi.. nak tanya korang bagi x duit korang???

bukan apa aku kadang terfikir..  patut ke bagi duit tu.. betul ke dia (peminta tu) betul2 perlukan duit tu?? hmm macam2 terpikir padahal nak bagi singgit jer tu… dan selalunya mmg aku xbg

bila dah banyak kali  buat macam tu.. aku mula terfikir.. betapa sombongnya aku di dunia yang fana ni.. RM1 pun nak berkira.. padahal kalau aku mati RM1 xcukup pun kalau nak beli kain kafan… dan yang paling penting.. xkiralah diorang betul @ tidak.. diorang tipu @ tak.. yang penting kita ikhlas bagi dia apa yang dia mintak.. tu urusan dia dengan Yang Maha Kuasa kalau dia menipu kan?? hurmmm.. aku still fikir lagi..



rupanya jumaat yang indah ini mengukir sejarahnya yang tersendiri hari ni..

berita pemergian Allahyarham Zakuan betul2 membuatkan hati seorang guru sepertiku ini cukup sayu… dah banyak kali kami guru2 berpakat untuk melawatnya di Hospital Kuala Terengganu (HKT), tetapi terpaksa ditangguhkan kerana terlalu banyak hal yang perlu dibereskan… kami merancang utk menziarahinya pada pukul 1-2 pm, jadi kami harus bertolak dari sini pukul 11-12 tgh…

hari ini aku cuti hujung minggu.. budak2 SPM mintak buat kelas add math… memandangkan diorang bersungguh2.. aku xsanggup nak hampakan niat diorang walaupun terasa sangat penat… kelas bermula pukul 9 dan akan berakhir pada pukul 12 tgh.. tiba2 rakanku menelefon dan mengatakan kami akan bertolak pada pukul 11 pagi… jadi aku terpaksa menyudahkan kelas tersebut seawal jam 11 pagi.. pelajarku membantah tanda x berpuas hati tetapi aku memujuk mereka untuk mengadakan kelas pada esok pagi… aku pun xtau kenapa kami terasa sangat nk pergi awl…

kul 1.14 pm kami tiba di sana (unit rawatan rapi HKT).. kami masuk dan mula mengecam yang mana satu Allahyarham.. tetapi kami tidak menjumpainya sehinggalah kami terlihatkan namanya terpapar di katil no 5…

alangkah terkejutnya aku… bila aku lihat keadaan arwah macam tu.. sayunya hatiku.. tubuh terbujur kaku.. hnya yg dapat aku lihat ialah naik turun arwah menghembuskan nafasnya… itupun dengan bantuan alat pernafasan.. ibunya setia menunggu di sisi.. dalam hatiku berkata

“zack.. cikgu datang ni zack… zack kena kuatkan semangat’

rasa macam nak menangis pun ada.. teringat kenangan bersama arwah.. semasa arwah form 4 aku ajar dia bahasa melayu dan add math.. bila form 5 aku jadi guru kelas dan guru add mathnya.. pelbagai ragam arwah dalam kelas.. seorang yang ceria.. kalau kami perlukan sponsor utk jamuan makan kelas arwah sedia membantu (arwah ni anak kepada YB Datuk Din Bin Adam)… arwah tidak sombong walaupun anak orang berada dan gemar membuat lawak jenaka..

kali terakhir aku lihat arwah.. masa aku ter kejar2 nak gi mesyuarat awal tahun 26 disember lalu.. aku melalui kawasan tmpat arwah bermain sepak takraw… dia melambaikan tangan menyapa aku dengan melaungkan ‘cikgu’.. itulah kali terakhir aku tgk dia

selesai aku menziarah arwah kami ke sebuah restoran utk makan tengahari… sesudah itu kami ke masjid Kuala Ibai utk menunaikan solat zuhur.. sampai sahaja di perkarangan masjid.. kami terima SMS dari salah seorang rakan sekerja

” zack dah meninggal 3 minit lepas”

masa tu aku rasa nk luruh jantung ni… zack.. nasib baik cikgu sempat jumpa zack..zack pergi pun hari baik bulan baik… xsempat zack tgk result SPM

zack semoga zack ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan soleh.. amin.. alfatihah

kenangan bersama zack akan selalu terpahat abadi di memori ingatan cikgu… maafkan cikgu zack…

MOHD KHAIRUL ZAKWAN BIN DIN.. kau pergi jua… Al-fatihah

YA ALLAH YA TUHANKU… Kau ampunkanlah dosa Allahyarham mohd khairul zakwan bin din dan tempatkanlah Allahyarham dikalangan orang2 yang beriman dan soleh.. aminnnnnnnnnnnnn



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah… Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua
Ramadhan yang ditunggu akhirnya kunjung tiba… Alhamdulillah , kupanjatkan kesyukuran kepada-Mu Ya Allah kerana masih lagi sempat untuk menjalankan ibadah puasa dan mengumpul ‘beberapa kerat pahala’ dalam bulan yang mulia ini.

Ya Allah… jauhkanlah kami semua dari azab neraka-Mu sesungguhnya kami hanyalah makhluk yang lemah yang sentiasa mengharapkan keredhaan-Mu… Ya Allah andai kami ditakdirkan panjang umur Kau permudahkanlah jalan hidup kami… terangilah dan suluhkanlah kami jalan kebenaran dan seandainya Kau mengkehendaki kami kepada-Mu, izinkan kami menyahut seruan-Mu itu dengan bekal yang mencukupi…. berilah kami masa untuk menghapuskan noda di hati kami. Sesungguhnya kami semua ingin menemuiMu tetapi dengan rendah hatinya kami merasakan kami tidak layak untuk SYURGAMU Ya Allah..

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu

Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan
yang mulia ini, saya, Saliha Binti Said secara peribadi ingin mengucapkan kepada
anda yang beragama Islam selamat berpuasa,
semoga ibadah puasa ini dapat mendisiplinkan
kita sekaligus meningkatkan produktif kerja
seharian kita.

Moga ibadah puasa kita diterimaNya, insyaAllah….

dan jangan lepaskan peluang keemasan ini

dari DIA kita datang, kepada-Nya kita akan kembali… bersikap adillah untuk diri kamu sendiri!!

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK… banyakkan ibadah, gandakan sedekah jariah… sesungguhnya DUIT tidak menjamin kita ke syurga.. tetapi gunakan duit tersebut untuk untuk membina jambatan untuk ke ’sana’, bumi ALLAH yang kaya ni bukan hanya untuk kita…. renungkanlah..