hubungi saya sekarang

penatnya… not in mood

Posted on February 17th, 2008 in KERJA OH KERJA by admin

Minggu ni merupakan minggu yang paling memenatkan dalam tahun ni… bermula dengan MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, sesi penggambaran setiap kelas di mana memainkan peranan sebagai seorang ‘cameraman’… latihan rumah sukan setiap petang, sukan merentas desa pada hari khamis dan yang paling menguji kesabaran ialah menjadi salah seorang AJK Statistik dalam Kejohanan Peringkat Negeri.

Hari ni memang stress giler… sampaikan majlis penutup terpaksa ditunda beberapa jam disebabkan kami tidak sempat mengeluarkan keputusan perlawanan. Ini disebabkan oleh beberapa masalah teknikal. Keputusan kejohanan memanah juga agak rumit jika nak dibandingkan semasa kami menjadi AJK Statistik untuk acara ping pong tahun lepas.. bila dah selesai majlis penutup kami perlu membukukan statistik dan analisa keputusan untuk dihantar ke PPD dan sekolah berkenaan.

Masalah timbul apabila berlakunya ‘blackout’ yang menjejaskan kerja-kerja akhir kami untuk print out segala maklumat berkaitan. Tunggu punya tunggu 1 jam masih blackout, kami balik.. esok sambung lagi.. adusss esok stress lagi..

Esok macam xde mood je nak gi sekolah, budak2 harapan saya dah diambil orang… kelas sains tingkatan empat diambil dan dipindahkan ke sebuah sekolah khas.. saya mengajar mereka Bahasa Melayu dan Add math.. huhu sedihnya…macam xsanggup nak biarkan diorang pergi tapi nak buat camne.. untuk kebaikan masa depan diorang.. tapi esok mesti teringat kat diorang.. dahler jadi guru kelas diorang.. rindunya cikgu kat korang sume.. ape2 hal GOOD LUCK my dearest student…

Mulai esok kena kerja kuat cket kat koperasi sekolah sebab kebanyakan pengawas koperasi ialah dari kelas yang dipindahkan tu.. adoi… rasa cam kehilangan sangat.. xde mood nk gi sekolah esok.. ditambah pula dengan beberapa masalah peribadi.

Minggu ni xbalik rasa rindu sangat kat mak (camnela aku nak kawen ni.. hehehe). Sebab saya ada banyak masalah so kena balik duk dekat ngan mak.. walaupun xcerita kat dia masalah2 tu tapi hati rasa tenang cket.. huhu dah tua pun nak manja2 lagi… mak pun mesti rindu kat saya sbb kalo biasa saya balik weekend mesti mak bagitau nak makan apa… so saya paham2la.. then masakkan.. minggu ni xleh wat gtu… cuti sekolah ari tu xsempat nk bawak beliau gi shopping kat langkawi… rasa bersalah lak.. hmm bila la nak kaya raya ni.. mak nak gi mana bawak jer…

hehe tu sahaja sedikit kisah untuk minggu ni..

salam…. lama xupdate blog saya

Posted on December 4th, 2007 in KERJA OH KERJA by admin

kata orang.. tidak ada orang yang tidak cukup masa.. Allah swt bagi 24 jam sehari kepada setiap orang.. tapi saya masih xcukup.. mungkin kerana saya tidak pandai menguruskan masa..

Cuti sekolah tiba lagi.. pasni bolehla saya fokus ngan bisnes. Alhamdulillah bisnes berlian saya mendapat sambutan hangat..oooo.. lupa plak ni webnya , tapi saya agak kecewa kerana tidak dapat mengmbangkan bisnes DCL saya.. tu la saya katakan saya kekurangan masa… xpe cuti panjang lagi.

ramai juga newbie yang minta saya tolong ajar diorang buat bisnes… actually, saya pun masih baru.. ada la pengalaman sikit2 tu untuk dikongsi.. adik ngan sepupu saya dah saya seret buat bisnes berlain ngan saya.. tapi susah gak… bukan ape sebab diorang bukan otakbisnes cam saya kannn… tapi saya suka sbb saya dulu pun dilatih utk berbisnes oleh kakak2 saya gak… mmg family kitorang kaki bisnes.. 9 orang adik beradik kitorang sume wat bisnes.. mungkin ikut darah arwah ayah kot.. dulu masa arwah ada sape xkenal ‘tok ayah said’ … satu pasir puteh ni kenal.. ayah dulu pembekal ikan terkenal kt bandar ni.. semua restoran terkenal ambik bekalan dari ayah… bila arwah xde.. sorang pun anak dia xleh teruskan bisnes tu sbb semua masih mentah.. last2 terbiar gitu jer.. skrg saya tengok pembantu ayah dulu dah jadi sangat berjaya dalam bisnes ni.. ALHAMDULILLAH..

Arwah mengajar kami melabur sejak kecik lagi.. ingat lagi.. masa kecik dulu setiap kali lepas raya ayah akan cakap “sapo nok melabor ngn bisnoh ayoh? tahun depe dapat 2 x gando (siapa nk melabur ngan bisnes ayah?? tahun depan ayah gandakan duit tu)” ape lagi kitorang bagi la duit raya kitorang.. tahun depanya betul ape yang ayah cakap… skang ni dah besar baru paham mesej ayah..

tapi banyak mana pun duit yang kita dapat jangan lupa untuk berkongsi dengan insan2 lain yang xberdaya.. PERCAYALAH jika kita sedekahkan RM10 hari ini dengan seikhlas hati.. duit tu akan berganda juga.. jika tidak hari ini.. mungkin esok.. lusa.. minggu depan.. tahun depan.. tau mungkin akan dihitung ‘di sana’ nanti.. jangan salah faham.. maksud saya dengan izin ALLAH swt, kita kan dimurahkan rezeki akhirnya..

bbukan senang nk kaya… USAHA TANGGA KEJAYAAN

kerja… kerja oiii

Posted on October 28th, 2007 in KERJA OH KERJA by admin

buat masa seminggu dua ni saya kena fokuskan pada kerja (itu sumber rezeki utama saya) Cuti sekolah akan berlansung 3 minggu je lagi, so banyak perkara yang perlu dibereskan.. jadi xbolehlah aktif dan ligat sangat berbisnes.. Lagipun bebudak ni SPM 2 minggu lagi ( cikgu dia plak yang cuak), tapi masih xde kesedaran sivik ponnn… sakit hati betul…