Archive for the ‘MOTIVATE OURSELF’ Category

  • Mencari Cinta???

    Date: 2010.01.15 | Category: MOTIVATE OURSELF | Response: 0

    Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…

     

    pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?

     

    guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

     

    pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

     

    guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?

     

    pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

     

    gurunya menjawab: ye, itu lah cinta…

     

    dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan…?

     

    guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

     

    pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

     

    maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?

     

    pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…

     

    maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan…….

     

     

    Kesimpulannya… janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.

    Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..

     

    Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..

    Kalu tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau, boleh gi website

     

    WEBSITE UNTUK CARI DUIT KAWEN

     

    Insyallah, dapat membantu.

    Bye!

                

     

  • Maafkan Aku

    Date: 2010.01.15 | Category: MOTIVATE OURSELF | Response: 0


    PAKU DIDINDING HATIMU…

    Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
    mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
    Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
    “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.
    “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
    ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya. Pada hari yang
    Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
    tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
    jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
    Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
    menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
    dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
    Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
    Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
    satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
    Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
    tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebutkepada
    bapanya dengan bangganya.
    Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau
    telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang
    di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi
    seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika
    marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
    Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,
    tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu,
    namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka
    fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
    Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu
    ke arah kejayaan.
    Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan
    sentiasa membuka hatinya kepada
    kita.


    “Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.”

  • sms kamikaze dari jaha

    Date: 2010.01.13 | Category: MOTIVATE OURSELF | Response: 0

    SMS 1

    Jika matamu berat memandangku, ringankanlah kakimu pergi dariku.. Jika bibirmu terpaksa senyum padaku.. relakanla mukamu untuk berpaling dariku.. Jika susah untuk dirimu melupakan kesilapanku, senangkan la lidahmu untuk menghinaku. Tapi andainya suatu hari nanti telingamu mendengar berita kematianku, ikhlaskanlah tanganmu mengusung jasadku dan bisikan padaku kamu yang telah memaafkan aku…

    SMS 2

    SENDIRI aku berjalan , tiada harta menjadi bekalanku… suka dukaku tanggung SENDIRI.. dgn ketabahan hati.. manakah saudara mana teman-teman…., di saatku memerlukan… SENDIRI ada waktunya memberi ketenangan di jiwa.. SENDIRI kadang menyiksa, kerna tiada teman bicara..

    tergamam aku baca sms dari jaha ni…

     

    huhu.. nak kutinggalkan terasa sayang…. ingin kubelai.. tangan xsampai.. sorry jaha

  • Lagu Paling Bermakna

    Date: 2010.01.11 | Category: MOTIVATE OURSELF | Response: 0

    Selalu ku mengharapkan
    Kau akan segera pulang
    Kau balik seperti dulu
    Menghapuskan rindu
    Yang sering menghantuiku

    Semenjak kau datang
    Di hatiku sayang
    Semua resahku hilang
    Diriku bukanlah
    Seorang yang mudah
    Menyerahkan cinta semudah kata

     Kudambakan cinta
    Indah seperti dulu
    Kerna cintaku tak pernah rasa jemu
    Biar hati bimbang
    Aku terus menunggu
    Benar ku tahu kau tak pernah jauh
    Kau di hatiku

     Di hari yang datang
    Janganlah kau ulang
    Lukai hatiku sayang
    Aku pun bukanlah
    Seorang yang bisa
    Menggantikan cinta sekelip mata
    hmmm.. aku bole nangis tau kalo dengar lagu ni

     Aku inginkan cinta
    Kita seperti dulu
    Kerna cintaku tak mudah rasa jemu
    Biar hati bimbang
    Aku terus menunggu
    Dan aku tahu kau tak pernah jauh
    Kau di hatiku

     

  • pagi yang gelap.. kini sudah terang

    Date: 2009.12.05 | Category: MOTIVATE OURSELF | Response: 0


    Huhu.. ari ni cuaca Nampak ok jer.. tapi aku rasa cam x okei jer.. boring giler internet kt umah (kt kampong aku) buat hal.. orang TM plak dah brapa kali kata nak datang.. xdatang2 jugak.. bosan giler la.. esok kalau xdatang jugak aku gi bakar TM point pasir puteh.. hehe.. ada berani??

    Ingat aku berani ker?? Khamis lepas aku gi tm point.. sorang kerani pompuan tu Nampak je aku terus pass aku nye problem kt kawan lelaki dia.. bukan ape aku dah membebel dengan dia kt dalam phone.. kalau la dia tau.. aku ni penakut jer.. hehe..

                Ujung tahun ni.. semua orang bz.. so xleh gi jalan2.. elok jugak.. boleh rest sepuas-puasnya kt rumah.. tapi kalau da internet la.. kalau xde boring gak.. asek layan layan sehati berdansa jer.. bukan ape nak tgk dira ngan sein la.. hehe.. yg aku nk tgk sangat dira la.. hehe.. tatau nape aku leh minat ngan dira ni.. mula2 minat dia dalam cite rona roni makaroni.. tapi aku tgk jer.. xpenahnya aku vote.. malas la aku nk vote.. membazir jer.. aku tgk just for fun jer.. kiranya bukan peminat fanatik sangat la.. ataupun jenis peminat fanatik yang kedekut.. hehe.. hope dira leh gi final.. baru best…

                Hmm stop dulu la.. xde mood nak menulis..

  • sua sue kemoning

    Date: 2009.11.04 | Category: MOTIVATE OURSELF | Response: 0

    Dah lama rasanya aku x menulis blog.. akhir2 ni aku asek xsihat jer.. asek demam jer.. naik tension aku.. tapi k.kham kata sakit tu penghapus dosa.. memang betul cakap k.kham tu tapi musim ani banyak sangat keje.. tanda kertas… laporan aktiviti unit 2009.. anggaran belanjawan 2010.. plan taktikal..la.. macam2 ada.. huhu.. atau aku sakit sbb stress dengan budak2 sekolah yang 1001 ragamnya.

     Tapi tahun ni aku cukup stress ngan 2 beradik malang ni.. S*** A*** dan S*** A****… xcukup mak diorang datang serang aku ngan k.ika (PK HEM) aku aritu.. anak dia yang 2 orang selalu sangat buat hal.. sampai aku kadang2 sakit hati giler kat diorang.. rasa nak bakar je hidup2.. Cabaran jadi guru disiplin memanglah berat. Di mata kita semua yang xbetul tu adalah salah. Tapi di mata mereka semua yang salah tu adalah sbb cikgu disiplin mmg nak cari kesalahan diorang. Cerita pasal dua beradik ni tadi.. dulu mak dia orang susah gak sampai buat nasi lemak jual kat koperasi sekolah.. sekarang ni da nampak senang sikit mula nak berlagak.. siap memperkecil2kan kemampuan kitorang.. cakap anak dia xsejahat yang kami sangkakan sebab dia dah didik siang malam.. berbulu telinga aku mendengarnya.. dalam hati aku cakap kalau dah didik siang malam mestilah jadi orang bukannya B*******. Tapi bukan salah dia jugak, sbb budak 2 orang ni kalau depan mak dia.. pijak semut pun xmati.. Masa anak dia curi handset aku ari tu .. aku xde niat pun nak repot polis.. punyalah nak jaga air muka dia.. last2 leh pulak dia cabar aku report polis.. tapi k.ika kata kita xleh layan sangat orang yang mentaliti dia rendah ni.. sbb tahap pemikiran kita ngan dia xsama.. kita orang profesional.. sib baik aku xmengajar kat kg sendiri.. kalau x denngan mak2 aku sekali bermasam muka dengan mak budak2 ni… huh.. nasiblah…

     Sekarang ni aku sakit telinga disebabkan oleh bengkak tonsil ari tu… huhuhu dalam bilik seminar.. jaga budak 4 Bakti pekse paper kimia.. budak2 ni ok.. aku rasa budak2 ni je la penawar aku.. aku ajar diorang ADD MATH.. kalau kelas lain tu.. xtau nak cakap la.. perangai ntah ape2 ntah.. ahad isnin ni aku nak ambil cuti.. nak g wat medical chec-up, lagipun aku stress giler duk kat sekolah.. hujung2 tahun ni mula la budak2 ni buat hal.. menyampah betul aku… sorang-sorang aku tengok macam pengganas komunis.

     Semalam budak2 4 bestari main sepak tin ( bayangkan tin biskut yang 4 segi tu diorang leh jadikan bola.. keebetulan masa tu aku kat 2 muhibah.. apa lagi aku snap gambar diorang.. mula2 diorang xperasan tapi bila diorang perasan diaorang mula la lari lintang pukang.. mulut diorang jangan cakaplah.. macam2 sumpah kat aku.. bodohla.. bab* la… mcam2.. aku kecik ati sangat ngan bebudak ni… tapi nak buat macam mana.. xhabis lagi panas ngan 4 bestari.. masa nak balik ke bilik guru aku tgk diorang dah main sorok2.. konon nak lari balik awal la.. nak ponteng solat zohor.. apa lagi aku snap lagi…. patutla muka diorang keruh semacam jer.. nak solat pun malas.. adik2 yg form 1.. form 2 pun terikut la dengan prangai bangang diorang ni.. datang sekolah baju xpernah pakai kemas.. tie xde.. kasut bukan kasut sekolah.. kasut nike.. konon2 nak tunujuk diorang tu anak orang kaya la.. kalau kaya sangat suh la bapak diorang wat sekolah… gaji cikgu sendiri pastu wat undang2 sendiri (tu baru didik siang malam namanya)

    Sebut nama 4 bestari jer aku dah cukup benganng!!!!

  • my fair lady.. cam best jer..

    Date: 2009.10.05 | Category: MOTIVATE OURSELF | Response: 0

    Aku layan cite ni skang ni.. macam best jer.. tgk kat chanel 303.. tapi xserius sangat sbb aku plan cuti ujung taun nak beli DVD dan layan masa cuti ni.. bestnya cuti aku nanti…


    Hye-na Kang, the only successor of Kang-san Group, is the owner of the ‘Lady Castle’ and lives a ‘princess-like’ life with her servants. Hye-na’s parents died from a plane accident and her grandfather brought her up. Hye-na is strong-headed, selfish and world revolves around her; it is because she could not experience the warmth of family when she grew up.
    One day, she comes across Dong-chan. He makes Hye-na to do community service, kidnaps her, and now appears in front of her as the new household manager! Hye-na makes every effort to throw him out from the castle, but this guy has tenacity in him!

  • cari jodoh??? xlaku2???

    Date: 2009.10.05 | Category: MOTIVATE OURSELF | Response: 0


    Sedang minggu ni aku serabut pikir sal kawen ni.. aku terdengar sebuah lagu tu… kureng asam betul lirik lagu tu.. hampes…

    Lirik Lagu Wali – Cari Jodoh

    Apa salahku Apa salah ibuku
    Hidupku dirundung pilu
    Tak ada yang mau dan menginginkan aku
    Tuk jadi pengobat pilu
    Tuk jadi penawar rindu
    Tuk jadi kekasih hatiku

    Timur Ke Barat
    Selatan ke utara
    Tak juga aku berjumpa
    Dari musim duren hingga musim rambutan
    Tak kunjung aku dapatkan
    Tak jua aku aku temukan
    Oh tuhan inikah cobaan

    Reff
    Ibu-ibu bapak-bapak
    Siapa yang punya anak
    Bilang aku
    aku yang tengah malu
    Sama teman-temanku
    karena cuma diriku yang tak laku-laku

    Pengumuman-Pengumuman
    Siapa yang mau bantu
    Tolong aku kasiani aku
    Tolong cari diriku kekasih hatiku
    Siapa yang mau

  • green sheep and goat untuk na.. hehe

    Date: 2009.10.04 | Category: MOTIVATE OURSELF | Response: 0

    korang suka tengok mr.bean x? aku suka gak tengok masa kecik2 dulu.. dah besar ni jarang2 je tengok.. kalo korang suka tengok mesti ingat scene yang mana mr. bean kira kambing tu kan??? alaa yang mr.bean xleh tido tu ..

    tiba2 je mr. bean muncul dalam idup aku sehari dua ni.. al-kisahnya khamis-sabtu lepas aku berkampung di library sekolah sebab budak2 ni ada KEM PECUTAN AKHIR PMR.. malam pertama tu aku tido ok jer.. dengan k.kham dan kak ja.. tapi sian plak kat na ni… dia xleh tido.. so kak zah ajak dia turun bawah borak2 ngan cikgu lelaki yang berjaga mlam tu sampai kul 4.45 pagi..punyalah nyenyak aku tido…xsedar ape2.. penangan ubat batuk punya pasal… dinihari tu kak ja kejutkan aku temankan dia balik mandi sebab dia nak bertolak balik ke pulau perhentian coz nak gi konvo kt UUM Sintok…tahniah untuk kak ja…

    malam kedua na tido awal lagi.. maybe sbb ngantuk coz mlam sebelumnya xcukup tido.. so kitorang pun tido cam biasa la.. lebih kurang pukul 2.30 pg.. aku dengar suara na kejutkan kak zah.. tapi kak zah xsedar2 pun.. pastu k.kham.. dalam hati aku.. janganlah kejut aku.. kalau x naya nanti kalau aku pulak yang xleh tido.. bila k.kham dah terlelap balik aku dengar na cakap.. “kejut kak elly la plak.. aduss.. so aku terjaga dan suruh dia buat itu dan ini.. last2 sekali dalam mamai camtu aku bleh cakap “kira kambingla.. kira kambing mr. bean….” pastu dia senyap.. kira kambing kot.. pastu dengan aku2 terlelap.. sampailah pagi…

    xsangka la aku tips mr.bean menjadi rupannya.. tau si na ni buat apa? dia bayangkan kambing2 mr.bean tu dan kira.. salah kira. pastu kira balik…last2 tetido.. haha lawak giler…

    Tips atasi insomnia
    Mainkan muzik yang boleh melalaikan anda sehingga tertidur.
    Buat kiraan menggunakan minda sehingga terlelap. Bagi yang beragama Islam boleh membaca zikir yang sesuai.
    Pakai pelindung mata dan penyumbat telinga bagi mendapatkan suasana tidur lebih sempurna.
    Menggunakan aroma terapi berasaskan herba seperti lavender.
    Sewaktu hendak tidur, kosongkan minda dan elak diri anda daripada memikirkan masalah harian anda.
    Banyakkan membaca bacaan ringan sebelum masuk tidur. Anda juga boleh menonton televisyen.
    Manjakan diri anda dengan mandian air suam yang disertai dengan minyak aroma terapi.
    Pastikan waktu tidur anda setiap malam waktu yang sama.
    Tidurlah dalam bilik yang selesa dengan suasana yang kemas, bersih dan berbau segar…. Atau apa kata kira kambing2 ni.. cuba teka berapa bilangan kambing ni??? hehehe

    (kak elly hadiahkan kambing2 ni untuk na… peliharalah kambing ni baik2… raya aji ni leh semelih)

  • iljimae - sedih giler citer ni..

    Date: 2009.07.22 | Category: MOTIVATE OURSELF | Response: 0

    ni antara jalan ceritanya..

    Iljimae is a mysterious, black-swathed thief who robs from corrupt government officials and gives to the poor. He steals not only material treasures but also people, be they wrongfully held prisoners or criminals hiding from judgment. At the scene of each robbery, he leaves a small painting of a branch of red plum blossoms called a “meh hwa”. The citizens support Iljimae while the king and the nobility try to catch him and find his identity.

    Gyum is the son of a virtuous nobleman who is a trustworthy supporter to the king and a central member of the secret organization, Hanowheh, of important nobles and the king as their leader. He moves away from the capital to live peacefully with his wife, daughter, and baby son in the country. Years later, he returns to the capital to meet with another member to discuss the state of matters. However, a mysterious rumor is spread that he is plotting to overthrow the king.

    part ni paling sedih sbb dia dah ingat balik macam mana bapak dia dipancung dan diseksa semasa dia kecil…

    cerita ni mengisahkan bagaimana kehidupan sebuah keluarga bahagia diragut dengan begitu kejam sekali hanya kerana perasaan dengki dan irihati.. saksikan bagaimana RYUNG (iljimae) menghadapi semua ini dengan ketabahan… menyiasat siapa dalang disebalik pembunuhan org2 yang disayangi…

    p/s aku mmg nangis giler tgk cite ni… mmg menyayat hati… baik korang tengok

    KLIK SINI KALAU NAK TENGOK ONLINE 

Cari Sesuatu?

Custom Search

Dilamun Cinta??

CATEGORIES

POST TERKINI

CUBA KLIK!

Archives

Recent Comments

"I Believe I Can"

NEVER GIVE UP There can be miracles When you believe Though hope is frail It's hard to kill Who knows what miracles You can achieve When you believe Somehow you will, You will when you Believe!