Archive for the ‘MY FAMILY AND ....’ Category
-
once upon a time in LANGKAWI..
with my beloved family
petikan lirik lagu ALHAMDULILLAH - too phat
Sujudku pun takkan memuaskan inginku
utk hanturkan sembah sedlm kalbu
Adapun ku sembahkan syukur kpd Mu Ya Allah
Utk nama harta dan keluarga yg mencinta
Dan perjalanan yg sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yg membuat hamba mengerti lebih baik ttg makna diri
Semua lebih berarti apabila dihayati
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah -
kawen.. jodoh.. huhu desperatekah aku??
Time sunyi2 ni teringat la kat is.. Dulu2 kan ada la mamat tu ajak aku kawen.. tapi masa tu I’m not ready yet.. lagipun dia baru je dapat keje.. lainlah aku.. tapi masa tu mmg ekonomi xstabil lagi…so aku anggap ajakannya just sebagai ajak2 ayam je la.. so aku wat selamber katak jer.. dan kitorang terus berkawan sampai sekarang… tapi aku musykil sikit sbb sekarang kitorang ni dah xmacam couple dah.. dah macam best fren forever jer… aku tunggu jugak la dia ajak aku kawen sekali lagi.. tapi sampai sekarang xdepun.. malah kitorang pun dah mcm dulu.. padan muka aku..
Kenapa aku tunggu dia ajak kawen??? Desperate kah aku??? Sebenarnya jauh di sudut hati aku.. aku xpuas lagi membujang.. tapi persekitaran yang memaksa…
>>> sepupu aku, linda (umur dia muda setahun dari aku) bila atuk aku tanya dia bila nak kawen.. dia akan bagi alasan.. elly xkawen lagi.. adakah aku penyebab dia xkawen lagi… nak je aku sekeh kepala dia.. padahal dia tu yang ajak aku membujang sama2 ngan dia…
>>> abang ipar aku nak kenen2kan aku dengan rakan sekerja dia…namanya encik Firdaus… macam mana nak kawen.. kami xpernah berinterakasi.. aku pun xpaham nape la abg aku bersungguh sangat nak aku kawen ngan kawan dia tu…
>>> mulut kurang ajar Tasha (student yg selalu wat hal from 2 masyhur) cakap aku anak dara tua.. bengong betul budak tu.. nak je aku cilikan mulut dia.. aku sumpah dia xkan kawen sepanjg idup dia..huhu jahat giler aku
>>> usia aku akan mencecah 27 tahun 7 oktober ni… selamat hari tue…
>>> setiap kali cuti sekolah budak3 yang lebih junior daripada aku mesti ada yg akan kawen.. baru abis belajar pun terus nak kawen.. huh..dan orang2 lain akan tanya aku punya bila plak… aduss.. ni yang aku maleih gi kenduri kawen ni..
>>> kawan2 atau rakan seperjuangan aku masa kat SMK Tok Janggut dulu dah ramai yang kawen.. malah.. coursemate aku yang pompuan masa kat UTM Skudai dulu pun semua dah kawen..
>>> student aku selalu tanya.. bila nak makan nasi minyak??? Huhu.. aku xsuka soalan tu..
tapikan.. mak aku xpernah bising2 sal jodoh.. malah adik aku yg bongsu pun xgalakkan aku kawen.. xleh dia nak pow aku lagi.. (sbb kami ni macam kembar eventhough dia tu budak2 lagi- final year kt uitm p.pinang)… mungkin sbb diorang paham jiwa aku..tapi orang lain????
so wajarkah aku kawen??? dengan is?? jaha?? atau mungkin encik Firdaus??? huhu tapi aku sangat2 sayang kat is (first love la katakan)…. jaha dah macam abang aku…sian kat jaha.. aku xbisa memilih dirimu.. en firdaus.. huhu tgklah macam mana first date aku ngan dia jumaat ni… kui2..
mengganggu mood betul isu2 camni.. warghhh tension…
Munajat Cinta
Malam ini ku sendiri
Tak ada yang menemani
Seperti malam-malam
Yang sudah-sudahHati ini selalu sepi
Tak ada yang menghiasi
Seperti cinta ini
Yang selalu pupusReff:
Tuhan kirimkanlah aku
Kekasih yang baik hati
Yang mencintai aku
Apa adanyaMawar ini semakin layu
Tak ada yang memiliki
Seperti aku ini
Semakin pupus -
TINTA UNTUK AYAH…juga UNTUKMU IBU… suatu sorotan peribadi
dah lama nak menulis cerita tentang arwah ayah (insan yang banyak menyumbang darah bisnes kepada aku)
Semalam aku melawat ke HKT (melawat mak kepada student aku yang sakit tenat).. HKT sebenarnya mengembalikan ingatan aku kepada arwah zack.. aku gi dengan k.kham.. masa tercari-cari budak tu (aku gelarkan dia cikyam).. kitorang terlihat la dia senang menangis kat depan pintu bilik ICU. aku dah mula gelabah.. hhuhu aku mmg xreti nak pujuk orang yg sedang bersedih. silap2 aku pulak yang akan terlebih sedih. Cikyam ni bagus budaknya. tapi tahun ni dia ke SMK Jerangau disebabkan semua kelas sains dikumpulkan di sana.. kami dipelawa masuk ke dalam untuk menjenguk ibunya. aku masuk dengan k.kham, pastu jumpa dengan akak che yam. matanya kelihatan merah menahan sebak… dan ayahnya xhenti2 mengajar ibunya mengucap 2 kalimah syahadah.. kami kelu xterkata.. kami sempat menghadiahkan bacaan YASSin kepada ibunya mudah2an beliau cepat sembuh.. xlama kami kat dalam tu sebab ramai yang menunggu nak masuk…
hati aku mula xsenang.. asyik teringatkan che yam, dahla tahun ni dia nak ambik SPM.. aku takut keadaan ni mengganggu emosinya.. kami xboleh lama kat situ sbb kami ada banyak tempat lagi nak singgah. Doktor pun kata yang peluang untuk ibunya sembuh pun dah tak ada dan hanya menunggu masa…
bukan itu yang sebenarnya aku nak ceritakan.. aku selalu terfikir biarlah kita kehilangan ayah daripada kehilangan mak (sbb aku rapat dengan mak)… tapi itu tidaklah bermakna aku xsayangkan arwah ayah. KEHILANGAN merupakan sesuatu perkara yang paling aku xboleh terima dalam hidup tapi aku kena REDHA. Arwah ayah mengajar aku banyak perkara.. walau hanya selama 14 tahun… dan sehingga kini aku dapat merasakan kasih sayang ayah.. yang tak akan pudar untuk selamanya… halwa telinga aku sering dibisikkan dengan suara merdu ayah, mataku sering digenangi air mata kerinduan terhadap ayah… aku takut suatu hari nanti aku akan lupakan suara ayah.. aku akan terlupakan wajah ayah yang aku simpan jauh di dasar hati aku…
setahun aku demam sebab teringatkan arwah ayah.. sebab aku selalu menangis.. xsangka ayah akan pergi begitu cepat dan tiada sebarang petanda pun ayah akan meninggalkan kami.. tiada lagi orang yang akan mempertahankan aku bila dikhianati oleh budak2 nakal.. tiada lagi orang yang akan bawa kami keluar makan roti canai.. tiada lagi insan yang akan mengupaskan buah mangga (sbb kami xakan makan dengan mengupasnya sendiri) tiada lagi insan yang akan bawa kami sekeluarga melancong ke Johor Bharu hampir setiap tahun… tiada lagi insan yang kan belikan kami ‘ayam pedas mak wan’ untuk lauk tengah hari.. tiada lagi insan yang nak bawa kami ke pelabuhan Besut pada setiap awal pagi hari minggu, tiada lagi orang yang akan bawa kami bersiar-siar dengan menaiki beca Pok Ta, tiada lagi orang yang akan mengerah kami berzikir pada setiap malam (dulu semasa kecil aku sentiasa rasa terbeban dengan syarat ayah ni- maklumlah setan selalu menghasut)… tiada lagi insan yang akan terbaring di setiap petang di atas bangku rotan setelah seharian mencari rezeki untuk anak isteri, tiada lagi orang yang akan mensyarahi kami pada setiap malam… tiada lagi orang yang akan buat segalanya untuk segala-galanya.. tiada lagi.. dan aku akan sentiasa menjadinya beliau terus berada dalam hatiku.
teringat aku tentang sebuah cerita korea yg bertajuk MY FATHER.. sangat sedih cerita tu.. aku tertarik untuk menonton cerita tersebut kerana tajuknya.. cerita itu dibuat berdasarkan sebuah kisah benar.. jalan ceritanya tidaklah begitu mengujakan aku tetapi suatu ungkapan yang diucapkan oleh pemegang watak ayah dalam cerita tu sangat memilukan aku… saat dia ditakdirkan untuk berpisah dengan anaknya kerana hukuman gantung.. ayah tersebut telah berpesan kepada anaknya…
“orang yang kita sayang tidak akan pernah meninggalkan kita. mereka akan sentiasa berada dalam hati kita”
aku percaya dengan ungkapan ini… sebab orang yang kita saya akan sentiasa kita kenang untuk selamanya..
kini aku tidak putus berdoa supaya ALLAH memanjangkan usia ibuku kerana dia ayah dialah ibu… insan terbaik yang dihadiahkan oleh ALLAH kepada aku.. ibu kini berusia 65 tahun… entah berapa lama lagi aku dapat bersama ibu… belum puas rasanya untuk membalas jasa ibu… dan mungkin tidak akan terbalas sekiranya aku diberi 100 tahun sekalipun…
Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And RasulullahComes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That?s right no other
My motherWho should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My motherWho should I say why close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Calm your head
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My motherSay Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubariIbu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangiIbu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluargaIbu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami -
HADIAH BERMAKNA DARI SIFU…

inilah mesin duit yang sifu saya saya hadiahkan saat saya mula2 menceburi biz internet…
-
BALIK KAMPUNG…
jom balik kg… bukak puasa ngan orang tua dan family tercinta kt kampung.. best
-
selagi ada kesempatan….
a’kum dan salam buat semua…
apa yang anda fikirkan sekarang???
saya ingin mengajak anda memikirkan orang tua anda di kampung… Anda sudah pernah berbuka puasa bersama mereka tahun ini?? jika belum luangkan masa untuk mereka…
saya sendiri akan bercuti mulai esok sehingga ahad ni untuk pulang ke kampung di kelantan.. xsabar rasanya nk jumpa ibu tersayang… beliau lah ibu yang menjaga kami setelah arwah ayah ke rahmatullah 10 tahun lalu… buat arwah ayah… salam fatihah buatmu.. sesungguhnya Ramadhan kali ini hatiku sayu mengingatkanmu… semoga rohmu dicucuri rahmatNYa… aku amat merinduimu.. Amanlah kamu di sana.. AMINNNN…
kepada anda semua.. jgan lupakan ibu ayah anda… selagi ada kesempatan… kerana jika anda ‘terlepas’ peluang ini… anda pasti akan menyesal…
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai…Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai…
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormatiAyah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai…
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat -
Adik saya kemalangan
ni la gambar kereta adik saya yang sudah tidak dapat diselamatkan lagi… takpe goku… kita cari keta lain kay!!! nak buat camna.. malang itu tidak berbau.. dah tersurat, redho je la…
Cari Sesuatu?
Dilamun Cinta??
CATEGORIES
- akulah hambaMU Ya Rabbi
- Duit.. Duit.. Duit…
- FORUM
- KERJA OH KERJA
- MOTIVATE OURSELF
- MY FAMILY AND ….
- SEKAPUR SIREH
POST TERKINI
- Blog Pengawas vs Blog Kadet Bomba
- Bengkel Pemantapan Pengawas
- Kerja.. kerja.. kerja..
- Buat Duit Dengan Nuffnang - Walau Tanpa Modal
- Mencari Cinta???
- Maafkan Aku
- Ulau Besau!!!
- Doa di Pagi Jumaat yang indah..
- Mila vs Aniey
- Farah - A NICEsms to REMEMBER
- sms kamikaze dari jaha
- bangganya aku.. respek la dengan kak Zainab
- Susah ke nak menderma???
- Lagu Paling Bermakna
- Good Morning Teacher !!!
CUBA KLIK!
Archives
- February 2010
- January 2010
- December 2009
- November 2009
- October 2009
- July 2009
- June 2008
- April 2008
- February 2008
- January 2008
- December 2007
- October 2007
- September 2007
Recent Comments
- admin on Taklimat EMPAY-IPC malam ni... cepat daftar
- Trojan on Taklimat EMPAY-IPC malam ni... cepat daftar
- admin on Tips Buat Bisnes 'Biskut Raya'
- hilmi (internet-young-malaysia) on Tips Buat Bisnes 'Biskut Raya'
- admin on Assalamualaikum dan salam sejahtera….
