

Korang tau tak kalau korang xde duit modal pun korang bole buat duit kat internet ni.. Hmm.. Cuma kalau nak tarik pelawat ke blog kita agak susah la sket kecuali kalau korang aktif berforum.. boleh buat signature korang pada setiap post korang.. Hari ini aku cuma hendak ceritakan tentang satu cara yang mungkin boleh membantu golongan penganggur atau pelajar universiti yang hendak buat duit di internet. Aku yakin ramai dikalangan anak-anak muda ini yang suka bersosial diruang-ruang friendster, facebook, myspace dan banyak lagi. Tapi apalah salahnya jika mereka turut meluangkan masa untuk menambah pendapatan di internet. Bukankah itu lebih bermanfaat dan mampu membuatkan mereka berbeza daripada rakan-rakan mereka yang tidak berbuat apa-apa? Bukan aku mengatakan bahawa meluangkan masa di internet itu tidak bagus atau berdosa besar. Cuma tak salah bukan kita buat sesuatu yang memanfaatkan diri kita?
Salah satu caranya adalah menulis blog. Tapi bagaimanakah cara untuk menulis blog? Kalau korang boleh setup dan make-up friendster, hi-5 , myspace.. buat blog umpamalah makan kacang.. Cuma idea untuk menulis tu kena datang dari hati.. xboleh dipaksa-paksa.. Ada orang jadikan blog untuk memberi info dan ada orang menulis blog mengenai diri sendiri.. aku menulis blog untuk menulis tentang hidup aku (walaupun kadang-kadang 2 bulan sekali aku update) dan ada juga aku menulis bagi tujuan perniagaan.. Kadang kalanya memang agak sukar untuk menulis sesuatu diblog. Buntu. Tak ada idea atau informasi yang hendak dikongsikan. Namun, aku usahakan juga dan akhirnya membuahkan hasil dan blogging sudah menjadi satu kemestian bagi aku. Bukan saja untuk menambah pendapatan, tetapi menjadi satu kepuasan dalam diri ini. Ada tempat untuk berkongsi dan meluahkan perasaan. Ini lebih baik daripada tengok tv kan? Secara jujurnya, menulis itu indah. Jika tidak, takkanlah Tun Mahathir dan Dato Khir Toyo pun suka menulis blog?
Ada banyak cara untuk menambah pendapatan melalui blog. Salah satu cara yang paling popular adalah menyertai program Nuffnang. Aku yakin ramai yang tidak tahu menahu tentang program Nuffnang. Tetapi jika anda ada blog dan mahu menambah sedikit pendapatan, sertailah Nuffnang. Aku dah membazirkan masa bertahun-tahun tanpa melibatkan diri dengan program pengiklanan Nuffnang.. Aku baru bermula dengan Nuffnang dan xsabar rasanya aku nak cash out pendapatan dari nuffnang ni.. Mmg lumayan jugak la Nuffnang punya income ni.. Setiap kali aku check akaun nuffnang aku.. aku jadi semakin teruja.. memang bertambah semangat untuk berblog ni..
Bagaimana hendak buat duit dengan Nuffnang ini? Syarikat Nuffnang ini akan membantu kita untuk mendapatkan pendapatan. Yang pentingnya korang kena ada blog dulu.. Untuk beginner, aku rasa elok korang try blogspot ni.. tapi kalau korang nak blog cam aku ni.. aku boleh tolong korang buat step-by-step la.. tapi kena kuar duit la cket… dalam rm200 termasuk khidmat bantu.. Akaun Nuffnang plak Caranya? Mula-mula sekali semestinya kita dikehendaki untuk daftar dan isi borang secara online di website Nuffnang. Setelah selesai proses pendaftaran, kita akan dapat login akaun kita. Kemudian, kita boleh ambil code dan letakkan diblog kita. Di blog kita nanti, akan terpapar iklan-iklan yang dikendalikan oleh Nuffnang. Biasanya kita akan dibayar melalui nilai klik. Jika ada orang yang melawat blog kita dan mereka klik iklan Nuffnang tersebut, kita kan mendapat nilai komisen bagi 1 klik sebanyak RM0.15 sehingga RM0.50. Itu agak lumayan jika nak dibandingkan dengan Google Adsense kan ( tapi aku still buat Adsense ni).. Tapi syarat Nuffnang.. korang xleh pasang iklan dari syarikat pengiklanan Asia yang lain. Google Adsense bole la sbb google adsense ni dari U.S.
Kalau korang perasan kat sidebar sebelah kiri ni ada aku taruk iklan nuffnang.. kalau korang berminat korang klik la.. tapi jangan paksa diri korang.. bukan macam sesetengah blogger yang saling mengklik antara satu sama lain.. janganlah buat kerja bodoh korang tu.. sekali Nuffnang batalkan keahlian orang Malaysia baru korang tau nanti.. Hargailah peluang yang diberi.. biarlah ia terjadi dengan semula jadi.. Kalau korang buat macam tu dengan Google Adsense dah lama akaun korang kena banned!!!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.


























