Tips Buat Bisnes ‘Biskut Raya’
Di sini saya ingin berkongsi pengalaman buat bisnes biskut raya taun lepas… saya xbuat pun biskut tu.. ye lah.. mana nak bertenet.. mana nak mengajar kt sekolah. Caranya ialah saya ambil untung atas angin jer… untung atas angin?? ape tu??
Mcm ni, akak saya mempunyai 1 bisnes membuat kuih raya, jadi saya beli secara borong dengan beliau.. then saya cari market.. xsusah menjual kuih ray sebenarnya.. just bagi orang try kalo sedap tu gerenti xcukup kertas la orang order nanti..
Caranya senang sahaja, sebelum ramadan, anda edarkan sample2 kuih raya dan jangan kedekut nak bagi orang rasa… bila mereka rasa dan terpaut hati mereka, kerja kita akan menjadi lebih senang…
Tumpukan perhatian kepada biskut yang popular dan unik sahaja… unik maksud saya lain dari yang lain. contohnya biskut “SWISS CASHEWNUT COOKIES’ saya ni.. saya jamin tiada orang lain pun yang menjualnya kerana resepi ini tercipta hasil dari idea saya dan kakak saya… dan seperti juga tahun lepas.. “SWISS CASHEWNUT COOKIES’ ini terus menggungguli carta order… kerana ia unik dan lain daripada yang lain..
.jpg)
.jpg)
Biskut ini sangat diminati kerana ia sangat sedap dan membuatkan pelanggan menyesal jika tidak mendapatkanya.. sebiji gajus panggang disalut dengan tepung gajus isimewa dan dicelup ke dalam coklat.. pasti menyelerakan sesiapa sahaja terutama kanak2
saya juga cuba mendapatkan biskut yang makin ditelan arus kemodenan seperti siput… bunga cina.. dan macam2 lagi.. kerana ianya agar sukar didapati pada masa sekarang..
on September 15th, 2007 at 6:04 pm
Memang otakbisness kamu ni!! TAHNIAH!
on September 19th, 2007 at 5:58 am
tq saudara kerana sudi menjenguk.. good luck yer