Bagaimana nak mulakan penghasilan website?
Setakat ni, saya telah menyiapkan empat website perniagaan iaitu www.otakbisnes.com (pengiklanan percuma), www.e-dcl.com (DCL), www.mydinar.biz beli dinar iraq) www.myui2u.com (laman web uptrend akak2 saya). Melihat perkembangan positif tersebut ramai kawan-kawan yang mula bertanya bagaimana saya menyiapkan web2 tersebut. Sebenarnya sebelum tercetusnya idea untuk membuat website saya telah melakukan pemerhatian selama setahun, nasib baik masa kt UTM dulu ada belajar sikit pasal ilmu2 berkaitan dengan website ni. Cukup setahun saya mulakan website pertama saya mydinar.biz, ambil masa selama 1 bulan. Satu benda yang saya tak tahu nak buat ialah bagaimana nk mengupload website. Saya mula give up.. tiba2 saya teringat, saya kan ada sifu (Mr Zulkey Hashim). Saya tanya pada beliau, dan beliau mengajar saya satu persatu.. nasib baik..
Alangkah gembiranya saya bila web pertama saya sudah dipublish… rasanya macam nk bagitau 1 dunia yang saya dah ada website!! Gembiranya bukan kepalang.. Seterusnya saya muncul dengan web ke-2 saya iaitu otakbisnes.com dan seterusnya e-dcl.com dan terbaru myui2u.com. Keadaan ini membuatkan saya seringkali ditanya, “Apa itu webhosting?”. Soalan ini mungkin kelihatan agak mudah, dan bagi mereka yang sudah sedia ada gambaran mengenainya memang agak mudah untuk dijelaskan. Tetapi, bagi mereka yang masih baru di dalam dunia internet, istilah “webhosting” agak mengelirukan. Saya pun terangkanlah… bla2..bla2..domain..upload..bandwith..public html…belum habis saya terangkan.. kawan akan bertanya domain tu ape? Upload? Bandwith? Ha?… Bukan salah diorang.. saya pun macam tu juga dulu tapi saya tau if i willing 2 do that thing, i must do it.. ok jom sekarang saya ceritakan satu persatu.. saya sebenarnya xdelah terrer sangat tapi kita sama2 belajar… mula2 saya nk terangkan tentang ;
Apa itu Website : Lebih senang kita boleh anggap je website itu seperti rumah atau pejabat kita. Kalo nk buat rumah mesti perlukan alat2 dah bahan2nya kan seperti batu bata, simen, pasir, kayu dan macam2 la. Begitu juga kalau kita nk buat website. untuk membina website, kita perlukan perisian pembangunan web seperti macromedia dreamweaver, microsoft frontpage dan perisian-perisian yang lain. Website kita pula boleh berbentuk html, php,asp dan sebagainya. Juga seperti rumah kita juga ingin melengkapkan rumah itu dari masa ke semasa kan? Jadi kita memerlukan sesuatu yang lain pula untuk melengkapkannya. Xpe kita belajar 1 persatu.
Apa itu Domain : Nama domain pula boleh dianggap seperti alamat rumah. Nama domain ini anda boleh beli daripada mana-mana penjual nama domain atau lebih dikenali sebagai “Pendaftar Nama Domain” yang banyak terdapat di internet. Nama domain ini biasanya anda boleh dapati dengan harga serendah RM35 setahun hinggalah ke RM150 setahun. Nama domain ini adalah penting untuk memastikan orang ramai boleh memasuki laman web anda. Jika anda tidak mempunyai nama domain, ia adalah seperti anda membina rumah tanpa alamat. Tiada siapa akan datang atau sampai ke rumah anda. Saya suka membelinya di internet-webhosting kerana prosesnya sangat mudah dan mendapat bimbingan percuma dari pegawai yang bertugas. Harga domain di sini Cuma RM 40 sahaja…
Apa itu Webhosting : Webhosting pula boleh dianggap sebagai tanah/tapak rumah bagi rumah anda. Tanpa tanah, anda tidak boleh mendirikan rumah. Oleh itu, anda mesti mempunyai webhosting jika anda ingin memiliki sebuah website.
Kalo anda nk paham dengan lebih lanjut, saya cadangkan anda beli ebook best ni… dalam ebook ni bukan saje menceritakan ape itu domain, hosting… tapi macam2 ada

Kesimpulannya…
Website = Rumah / Pejabat
Nama Domain = Alamat Rumah/Pejabat
Webhosting = Tapak Rumah/Pejabat
Mana nak dapatkan hosting?? Banyak syarikat peyedia hosting di malaysia ni..
Biasanya , penyedia perkhidmatan webhosting akan membenarkan anda menyewa ruang komputer mereka untuk anda gunakan dan meletakkan website anda. Mereka juga biasanya akan membenarkan anda menggunakan server email serta server database mereka. Bergantung pada pakej yang anda ambil. Terdapat bermacam-macam pakej yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan webhosting ini. Anda perlulah bijak memilih pakej manakah yang sesuai dengan anda. Kenalpasti apakah ciri-ciri yang ingin anda gunakan di dalam website anda. Elakkan daripada membeli pakej-pakej yang terlalu besar yang mungkin anda tidak gunakan. Anda boleh mulakan dengan pakej yang paling kecil dan kemudiannya meng”upgrade” dari semasa ke semasa mengikut keperluan anda.
Mari kita lihat beberapa ciri yang biasa terdapat dan disediakan oleh pihak penyedia perkhidmatan webhosting.

Post a comment
You must be logged in to post a comment.