hubungi saya sekarang

going gets tough, the tough gets going”

Posted on September 6th, 2007 in MOTIVATE OURSELF by admin

Agak sukar untuk terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Maksudnya lebih kurang, jika perjalanan hidup anda menjadi semakin sukar, anda sebenarnya sedang bergerak meninggalkan perkara yang sukar itu.

Contohnya, katakan anda sedang mengayuh basikal. Di hadapan anda ada satu kawasan berbukit. Apabila anda mengayuh menaiki bukit tersebut, kayuhan anda menjadi semakin sukar bukan? Namun anda tidak perlu risau kerana anda apabila anda teruskan kayuhan, anda akan melepasi kawasan berbukit itu dan kayuhan anda akan menjadi semakin lancar selepas itu.

Sama seperti hidup anda. Anda tidak perlu terlalu risau jika anda hadapi kesukaran dalam hidup atau semasa belajar sekarang ini. Ia semua akan berlalu dan anda akan jadi lebih senang dengan syarat… anda perlu teruskan perjalalanan anda…… :)

dalam menempuh alam bisnes yang kita sendiri kita boleh menjamin apakah kesudahannya… kita tidak seharusnya berputus asa sekiranya kita menemui kegagalan kerana bagi saya… gagal bererti ‘point’ atau ‘merit’ yang harus kita kumpulkan untuk menjulang kejayaan……

Nampak seperti sangat sukar tetapi tidak semua hempedu itu pahit. Saya sendiri selalu menasihati diri saya agar jangan sekali-kali berputus asa dalam merealisasikan misi saya… Sifu saya selalu berpesan kunci utama kejayaan ialah jangan sekali-kali berputus asa… ucapan yang selalu diungkapkan kepada saya ialah NEVER GIVE UP. Walaupun sudah lama kami tidak bersua.. saya tidak pernah melupakan sifu saya dan walaupun banyak kegagalan yang kami tempuhi bersama… dia tetap idola saya dan sifu saya yang terbaik. hayati lirik lagu ini

Ku Petik Bintang-bintang

Kupetik bintang-bintang
Biarpun banyak halangan
Rela tempuhi segalanya
Onak yang kupijak bagai tak rasa

Kusedar sejak mula
Tiada jalan yang mudah
Tapi kuyakini di dalam hati
Akhir terkota jua sumpah dan janji

Walau sukarnya bagi mu sayang
Perjalanan menyakitkan
Tapi hadapilah dengan kesabaran
Kan tiba kebahagiaan

hadapilah sesuatu itu dengan penuh ketabahan… sesungguhnya ‘bukan senang untuk senang’ dan bukan susah untuk susah… NO PAIN :-( NO GAIN :-)

 

 

Post a comment

You must be logged in to post a comment.