hubungi saya sekarang

selagi ada kesempatan….

Posted on September 19th, 2007 in MY FAMILY AND .... by admin

a’kum dan salam buat semua…

apa yang anda fikirkan sekarang???

saya ingin mengajak anda memikirkan orang tua anda di kampung… Anda sudah pernah berbuka puasa bersama mereka tahun ini?? jika belum luangkan masa untuk mereka…

saya sendiri akan bercuti mulai esok sehingga ahad ni untuk pulang ke kampung di kelantan.. xsabar rasanya nk jumpa ibu tersayang… beliau lah ibu yang menjaga kami setelah arwah ayah ke rahmatullah 10 tahun lalu… buat arwah ayah… salam fatihah buatmu.. sesungguhnya Ramadhan kali ini hatiku sayu mengingatkanmu… semoga rohmu dicucuri rahmatNYa… aku amat merinduimu.. Amanlah kamu di sana.. AMINNNN…

kepada anda semua.. jgan lupakan ibu ayah anda… selagi ada kesempatan… kerana jika anda ‘terlepas’ peluang ini… anda pasti akan menyesal…

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai…

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai…
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai…
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Post a comment

You must be logged in to post a comment.